Home Berita PAS Kedah

Isu pindah SKBM: Pertemuan kedua bersama waris

54
SHARE

ALOR SETAR, 17 Okt – Exco Agama Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Brigadier Jeneral Dato’ Najmi Ahmad hadir dalam perjumpaan bersama para waris Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam, semalam.

Pertemuan kedua  itu bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu arahan perpindahan sementara murid SKBM ke sekolah lain yang telah diputuskan pada Mei ekoran risiko keselamatan.

Najmi berkata, SKBM dikategorikan sebagai kawasan tidak selamat dan berbahaya kepada murid dan kakitangan sekolah ekoran kejadian gelongsoran dan jatuhan batuan yang pernah berlaku sebelum ini.

“Kedudukan sekolah yang tidak jauh dari kawasan cerun bukit memungkinkan risiko kejadian  berulang.

“Perpindahan sementara ini dibuat selepas kita mengambil kira pandangan pakar bahagian cerun termasuk  pihak  berautoriti lain. Bahkan perkara ini telah dibincangkan bersama para waris dan dipersetujui mereka,” katanya.

Mengulas bantahan perpindahan oleh pihak tertentu, beliau berkata, isu yang ditimbukan itu dilihat bermotif politik dan berkepentingan.

Menurutnya, perpindahan berkenaan bukan sahaja sementara malah kerajaan negeri turut menyediakan kemudahan bas bagi mengambil dan membawa pulang semua murid terlibat.

Terdahulu, hadir sama dalam pertemuan bersama waris adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka YB Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim.