Home Berita PAS Kedah

Isu pembulian siber: Ameerah Kedah buat laporan polis

373
SHARE

Hari ini, Ameerah Kedah selesai membuat laporan berikutan isu pembulian siber terhadap 3 orang wanita muda yang mengkiritik kerajaan melalui video.

Selaku entiti wanita muda, Ameerah Kedah bertegas terhadap isu yang membuli wanita muda dengan komen-komen dan yang berbaur lucah, penghinaan fizikal dan serangan peribadi.

Jelas tindakan-tindakan mereka ini melampau melalui serangan alam maya sehingga mangsa mendapat ugutan bunuh.

Ameerah Kedah juga menggesa Kementerian Komunikasi Dan Digital untuk bertindak tegas dalam membanteras dan mengawal komen-komen yang melampau sehingga menindas maruah wanita.

Ameerah Kedah menyeru kepada semua masyarakat untuk melihat isu ini dengan kaca yang rasional dan adil. Jelas, budaya pembulian siber, penghinaan fizikal dan percakapan lucah merupakan budaya yang parah !