Home Berita PAS Sabah

Istiqamah tonggak kekuatan jemaah

110
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa M.Shom
14 FEBRUARI 2023

KENINGAU: Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau (DMPKK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-7 bertempat di Dewan Kisaie Sekolah Rendah Sri Tahfiz Al Ilmi, di sini pada Ahad kelmarin.

Tema MAT kali ke-7 ‘Istiqamah Tonggak Kekuatan Jemaah’ dengan mengambil objektifnya sebagai medan bermuhasabah diri serta medan memperbaik gerak kerja pada masa akan datang di samping mengeratkan dan menguatkan ukhuwah dalam kalangan sesama jemaah muslimat.

Ketuanya, Norazian Sapiai dalam ucaptama mengariskan enam strategi mengukuhkan Jemaah, antaranya membina kekuatan ukhuwah antara AJK dan ahli, memperkukuhkan kepimpinan berkesan dalam setiap lajnah, memperkasakan muslimat muda dalam gerak kerja jemaah, memperkukuh organisasi muslimat di peringkat cawangan, berstrategi dalam merancang aktiviti serta melaksanakannya dan memperkasa program-program kebajikan dan kemasyarakatan.

Seramai lebih 50 perwakilan serta pemerhati hadir dari lima cawangan dan dirasmikan oleh ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu secara dalam talian.

Dalam ucapan khasnya, beliau mengajak semua muslimat di Keningau khususnya di Sabah agar sama-sama beristiqamah dalam perjuangan untuk menuju kemenangan.

MAT DMPK kali ke-7 ini berjalan dengan sangat lancar hingga ke akhirnya.