Home Artikel PAS Melaka

Isu Komik : Gesa pihak Polis siasat segera!

77 views
SHARE

 

Oleh : ANAS ABDULLAH

BUKIT BARU : Yang Dipertua PAS Hang Tuah Jaya, Ramli Dalip menyifatkan isu komik yang bertajuk ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ itu sebagai cubaan mengelirukan sejarah asal tanah Melayu, hak orang Melayu dan juga orang lain.

“Isu ini tidak sepatutnya berlaku dalam Negara ini, apabila dalam komik tersebut mengambarkan orang Melayu bodoh dan pengecut dalam memerdekakan tanah Melayu,” katanya.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua PAS Hang Tuah Jaya, Mohd Taufik Ab Rahman dalam ucapannya menyeru agar pihak Polis menyiasat segera siapakah dalang yang menghasut atau menyebarkan komik kontroversi tersebut dan juga dikaitkan dengan parti DAP.

“Saya juga berharap, agar siasatan ini juga dijalankan terhadap Parti DAP dan siapa sahaja yang terlibat, agar isu ini tidak berulang lagi,” tegas beliau.

Turut hadir, ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Hang Tuah Jaya, Haniff Abd Rahim dan AJK PAS kawasan Ezan Ahmad. Laporan Polis tersebut, dibuat di Balai Polis, Bukit Baru, Melaka.