Home Artikel PAS Sabah

Ziarah Kebajikan PAS Batu Sapi

55 views
SHARE

Oleh : Laila Ismail
23 Oktober 2019

BATU SAPI : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Batu Sapi (PKBS) turun menziarah seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak dan sepasang warga tua yang tinggal berdua di Kampung Tabah Baru, Jalan Batu Sapi ahad lepas.

Almarina Binti Mali merupakan ibu tunggal yang hilang tempat bergantung apabila suaminya menghilangkan diri beberapa tahun lepas dan kini menanggung kehidupan 5 anak yang masih bersekolah.

Pendapatan Almarina seharian bergantung pada aktiviti menjual di kawasan sekolah anaknya. Hasil keuntungan jualan hanya ringgit Malaysia 10 sehari.

Mereka sekeluarga sangat memerlukan bantuan orang sekeliling bagi meneruskan kehidupan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 1004 3010 0202 12 (PAS Kawasan Batu Sapi) atau boleh hubungi Mohd Sofian Mohd Yunus di talian 0198423458.

Turut hadir pada hari tersebut ketua LKK PKBS, Nur Izzati Yusof, wakil Musmedik Zon Sandakan Doktor Zafrina Abdullah dan 3 orang AJK PAS Kawasan Batu Sapi menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai bagi membantu memenuhi keperluan dapur mereka.