KOTA BHARU, 27 Sept: YAB Menteri Besar Kelantan mengadakan perbincangan bersama YDH CP Dato’ Shafien bin Mamat, Ketua Polis Kelantan mengenai situasi semasa isu-isu sekitar keselamatan dan ketenteraman awam negeri Kelantan.
Perbincangan tersebut dilakukan dketika lawatan Ketua Polis Kelantan tersebut ke Pejabat Menteri Besar Kelantan, di sini, hari ini.
Hadir sama YDH DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Harun, Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baharu.
#MerakyatMembangunBersamaIslam