Home Artikel PAS Johor

Isu Hina Nabi Muhammad : PAS Kawasan Muar Buat Laporan Polis

553
SHARE

Isu Hina Nabi Muhammad : PAS   Kawasan Muar Buat Laporan Polis 

MUAR   :   Atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam yang rasa terguris hati di atas penghinaan yang dilakukan oleh individu melalui Facebook  atas nama Wendy Loong terhadap Nabi Muhammad s.a w, pihak PAS Kawasan Muar telah mengambil tindakan membuat laporan polis sebagai bukti bantahan kepada tindakan individu tersebut.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Abd Aziz Talib bersama-sama dengan Naib YDP, Dr Mohamad Taslim telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada 28 Julai yang lalu.

Turut sama hadir ialah TYDP, Hj Cheman Yusoh, Ketua DPP Ustaz Ridzuan Nazri dan Ketua Dewan Muslimat, Puan Norhayati Sulaiman. Beberapa orang ahli jawatankuasa dan ketua-ketua cawangan turut sama hadir memberi sokongan agar tindakan dan hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada individu ini.

Diharapkan dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat di seluruh negera, pihak kerajaan dapat bertindak segera membawa Wendy Loong ke muka pengadilan.