Home Berita PAS Pusat

Pendakwah Mesti Rajin Berfikir, Bermesyuarat, Merencana dan Bertindak.

1165
SHARE


KREATIVITI DAKWAH

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 14
26 Zul Qaedah 1440 | 29 Julai 2019

Pendakwah Mesti Rajin Berfikir, Bermesyuarat, Merencana dan Bertindak.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
‪https://m.facebook.com/naskhahdakwah‬
‪https://t.me/Naskhahdakwah‬


1. Sifat Dakwah Islamiyah adalah dinamik. Justeru itu, para pendakwah juga tidak boleh bersifat stereotaip dalam pendekatan. Terutama saat mendepani cabaran semasa hari ini.

2. Pendakwah mesti bijak menilai situasi dan memahami keperluan semasa dalam mencongak strategi dakwah dan pendekatannya. Juga selayaknya peka terhadap kesan tindakan.

3. Tentu sahaja kita mahu dakwah yang disampaikan kepada sasarannya adalah dakwah yang berkesan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau sekadar melengkapkan jadual aktiviti.

4. Antara keberkesanan dakwah ialah pendekatan yang :

a) menepati citarasa semasa,
b) keperluan suasana dan
c) kesesuaian keadaan.

5. Realiti ini memerlukan seorang pendakwah membuat kajian mendalam dan pengamatan yang teliti sebelum bertindak.

6. Segala sarana yang bermanfaat untuk dakwah dewasa kini mesti dikuasai oleh para pendakwah. Skil dakwah juga mesti dinaik taraf dari masa ke semasa berdasarkan waqi’ hari ini.

7. Bertolak dari noktah ini, pendakwah juga mesti bergerak secara kolektif. Tidak sahaja pada aktiviti, tetapi juga pada perencanaan strategi dan penyusunan gerakkerja. Ia memerlukan perbincangan dan keputusan kolektif tanpa menafikan sumbangan pendakwah yang bergerak secara solo.

8. Secara sunnatullah (dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw.) bahawa dakwah Islamiyah ini digerakkan secara jamaei (kolektif) bagi menghasilkan kesan maksima.

9. Kreativiti juga sangat diperlukan dalam usaha dakwah. Keperluannya mesti dinilai, dikaji, dianalisis dan dimesyuaratkan untuk merangka sebuah pendekatan yang berkualiti dan memberi impak yang positif.

10. Meskipun kita sedang berhadapan dengan suatu zaman yang rencam dan serba mencabar, pendakwah tidak boleh terpaku begitu sahaja melainkan bingkas bertindak dengan 1001 kreativiti yang harus diketengahkan ke medan dakwah.

Islam Memimpin Perpaduan

Sekian.