Home Berita PAS Kelantan

Ismail memang minat berniaga

49
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

WAKAF BAHRU, 1 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bahru, YB Mohd Rosli Abdullah bersama Penghulu Mukim Chabang Empat, Johari Mohd Yusoff menyantuni Orang Kelainan Upaya (OKU) Ismail Ilias, 49, di Kampung Chabang Empat untuk bertanya khabar tentang dirinya, semalam.

Pertemuan ini dapat memperbetulkan kenyataan kurang tepat yang ditularkan berkenaan dirinya di media sosial dan televisyen baru-baru ini yang menyatakan beliau berniaga untuk menyara dua adik dan emaknya, serta tidak mampu membayar sewa rumah.

Dakwaan juga menyatakan, tiada bantuan atau pembelaan daripada mana-mana pihak untuk keluarganya.
Sedangkan Ismail memang suka berniaga sejak dahulu lagi. Manakala adiknya juga bekerja sendiri dengan mengambil upah membaiki sangkar burung dan mengajar al-Quran secara atas talian.

Kehidupan keluarganya tiada masalah, bahkan hubungan beliau sekeluarga dengan Ahli Jawatankuasa Masjid Chabang Empat dan penghulu sendiri cukup mesra serta sentiasa mendapat perhatian mereka.

“Pusat Khidmat Masyarakat Wakaf Bahru juga sentiasa membantu Ismail sebelum ini kerana kehidupannya menjadi teladan kepada masyarakat. Walaupun diuji kekurangan fizikal, beliau tetap gigih berusaha dan suka berdikari”, puji YB Mohd Rosli.