Home Minda Presiden

Intifadah Masjid Al-Aqsa: Lambang kesatuan umat, tanda ajal Israel

355
SHARE

Minda Presiden PAS

INTIFADAH MASJID AL-AQSA: LAMBANG KESATUAN UMAT, TANDA AJAL ISRAEL


Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam, tempat berakhirnya Isra’ dan bermulanya Mi‘raj Rasulullah SAW, begitu juga tanah suci ketiga bagi umat Islam dan agama samawi warisan agama Nabi Ibrahim AS. Kawasan itu ialah tempat berkumpulnya para anbiya’ AS yang digalakkan oleh Rasulullah SAW agar menziarahinya selepas dua tanah suci, iaitu Makkah dan Madinah.

Baitul Maqdis ialah tanah suci dan mulia yang dirasmikan oleh Nabi Ibrahim AS ketika Baginda melakukan hijrah setelah dihalau dari tanah airnya. Maka, umat Islam diberikan kewajipan yang paling besar bagi mewarisi tempat yang mulia itu, kerana Islam ialah agama asal yang dibawa oleh Ibrahim AS. Seorang Nabi yang dianggap sebagai bapa bagi para anbiya’ dan juga kaum Musyrikin. Sebagaimana yang disebutkan melalui firman Allah SWT:

﴿مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ٦٧﴾

 “Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang beragama Yahudi, dan bukanlah juga seorang penganut agama Kristian, tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (Islam kepada Allah), dan sekali-kali dia bukanlah tergolong daripada kalangan Musyrikin.” (Surah Ali ‘Imran: 67)

Tindakan pakatan kuasa besar Timur dan Barat yang memisahkan politik daripada agama, dengan menyerahkan tanah suci ini merupakan satu kesalahan dan kesesatan yang sangat besar. Peristiwa tersebut berlaku selepas jatuhnya Khilafah ‘Uthmaniyah melalui Pakatan Ahzab yang terkenal, terdiri daripada semua ideologi.

Sejarah merakamkan bahawa Paderi Besar Baitul Maqdis pernah mensyaratkan penyerahan bumi suci itu dengan kehadiran Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, setelah bumi tersebut berjaya dibebaskan daripada penjajahan Rom Byzantine. Tindakan itu menunjukkan satu pengiktirafan oleh agama bukan Islam kepada kerajaan Islam, dengan pengiktirafan hak untuk mentadbir kepada kebebasan beragama di tanah suci itu.

Golongan paling sesat ialah negara Islam dan negara Arab yang melaksanakan normalisasi dengan negara haram Israel. Mereka bertindak membatalkan ketetapan Allah SWT yang tidak diizinkan berpanjangan, seperti Pakatan Ahzab yang mengepung Madinah dahulu. Persitiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW sebagaimana yang disebutkan secara nas dalam al-Quran, firman Allah SWT:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا  وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا٩ إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا١٠ هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا١١ وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا١٢﴾

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan ni‘mat Allah (yang telah dikurniakan-Nya) kepada kalian, semasa kalian didatangi tentera (al-Ahzab), lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan (yang kencang) serta angkatan tentera (daripada Malaikat) yang kalian tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kalian lakukan. (9); (Iaitu) ketika mereka datang kepada kalian dari atas dan dari bawah (tempat pertahanan) kalian; dan ketika tidak tetap lagi penglihatan kalian (tidak ketentuan arah kerana gempar dan bingung) serta hati kalian pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kalian masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. (10); Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan hati (perasaan dan pendiriannya) dengan goncangan yang amat dahsyat. (11); Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: ‘Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.’ (12).” (Surah al-Ahzab: 9-12)

Seterusnya Allah SWT menceritakan apa yang berlaku selepas itu melalui firman-Nya:

﴿وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا٢٢ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ  فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ  وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا٢٣ لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ  إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا٢٤﴾

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera al-Ahzab (bala tentera bersekutu), berkatalah mereka: ‘Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya.’ Dan demikian (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (22); Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun. (23); (Berlakunya yang demikian) supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah ialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (24).” (Surah al-Ahzab: 22-24)

Peristiwa yang disebutkan oleh al-Quran pasti benar-benar akan berlaku dan berulang semula, kerana sifatnya sebagai mukjizat ilmu yang berkekalan. Perubahan berlaku mengikut zaman, masyarakat dan watak yang berbeza, tanpa perubahan dasar dan konsep Ahzab (golongan musuh yang bersekutu) menentang Islam.

Maka, perkataan Ahzab diulangi pada setiap kali takbir Hari Raya.

Kini, Masjid al-Aqsa berjaya ditawan hasil pakatan Ahzab yang terdiri daripada kuasa besar Timur dan Barat, yang telah melaksanakan Perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916, Perjanjian Balfour pada tahun 1917 dan lain-lain perjanjian. Kemudian diikuti dengan perjanjian menyerah kalah di Camp David pada tahun 1978, Perjanjian Madrid pada tahun 1991 dan Oslo pada tahun 1993.

Seterusnya yang terakhir ialah Perjanjian Abraham pada tahun 2020 yang menarik kerana mengambil sempena nama Nabi Ibrahim AS, perjanjian yang disertai kumpulan Zionis dan para pendukungnya seluruh pelosok dunia dari Eropah, Amerika dan Asia. Beberapa pertemuan bukan lagi diadakan berhampiran Rumah Allah (Baitullah) di Makkah pada zaman Rasulullah SAW, tetapi diadakan di Rumah Putih (White House) di Washington dan lain-lain tempat.

Adapun negara haram Israel terus menggila dan mengganas, namun jumlah dalam kalangan mereka yang mahu mengecewakan Palestin dan melupakan Baitul Maqdis juga bertambah setelah dilaksanakan program normalisasi yang ternyata salah, sesat dan pasti akan menemui kegagalan. Hal ini demikian kerana, janji Allah SWT pasti akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Allah SWT telah memberikan sanjungan yang tinggi kepada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis apabila Rasulullah SAW, dijemput menjadi tetamunya pada malam berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi‘raj. Sebagaimana dinyatakan oleh firman-Nya:

﴿سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا  إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ١﴾

 “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (Baitul Maqdis di Palestin), yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’: 1)

Rasulullah SAW pula menyebutkan bahawa penduduk Baitul Maqdis yang mempertahankan buminya tidak mungkin akan dapat dikecewakan oleh mereka yang menyerah kalah pada akhir zaman. Sebagaimana sabdanya:

‌”لَا ‌تَزَالُ ‌طَائِفَةٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌عَلَى ‌الدِّينِ ‌ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ.”

“Masih ada secara berterusan dalam kalangan umatku kumpulan yang menegakkan agama (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh, sehingga tidak boleh dimudaratkan oleh penentang mereka, melainkan mereka menghadapi kesusahan, sehingga datangnya ketetapan daripada Allah (membinasakan musuh dan memberikan kemenangan) dalam keadaan mereka meneruskan perjuangan (mereka tidak berganjak).

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟

Lalu para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW: ‘Di manakah mereka berada?’

قَالَ: “بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.”

Sabda Rasulullah SAW: ‘Di Baitul Maqdis dan di sekitarnya.’” (Riwayat Ahmad 22320 dan al-Tabrani 7643)

Surah Yusuf menceritakan tentang kelahiran bangsa Bani Israel (Yahudi). Manakala Surah al-Isra’ pula menegaskan tentang ajal mereka kerana wujud dalam kalangan mereka kumpulan yang paling dimurkai oleh Allah SWT. Umat Islam dalam setiap rakaat solat meminta kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada menjadi seperti bangsa Yahudi yang dimurkai itu. Mereka ialah golongan yang disebutkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿…غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ…٧﴾

“…bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai…” (Surah al-Fatihah: 7)

Firman Allah SWT:

﴿…وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ  ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ٦١﴾

Dan ditimpakan ke atas mereka dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (berlaku) kerana mereka selalu menderhakai dan mereka pula sentiasa melampaui batas.” (Surah al-Baqarah: 61)

Bahkan, turut didedahkan oleh kalangan Yahudi Ortodoks (kumpulan Naturei Karta) bahawa penubuhan negara bagi bangsa Yahudi di kawasan tersebut menandakan kemusnahan bangsa itu pada akhir zaman kerana balasan Allah SWT terhadap kejahatan yang telah mereka lakukan sendiri.

Maka, tindakan kumpulan Freemason dan Zionis yang telah berjaya mempengaruhi dua blok besar iaitu blok kapitalis serta blok komunis dan sosialis, sehingga tumbangnya kerajaan Islam laksana menggali kubur mereka sendiri mengikut ketetapan Allah SWT.

Allah SWT telah merakamkan hal tersebut dalam Surah al-Isra’ bermula dengan firman-Nya:

﴿وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا٤ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا٥﴾

“Dan telah Kami tetapkan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: ‘Sesungguhnya kalian akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kalian pasti akan berlaku sombong dan angkuh dengan kesombongan yang melampau. (4); Maka, apabila datang saat janji (membalas kederhakaan kalian) kali yang pertama daripada dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kalian hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya; lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kalian); dan (sebenarnya peristiwa itu) merupakan satu janji (ketetapan) yang pasti berlaku. (5).” (Surah al-Isra’: 4-5)

Kejatuhan bangsa Yahudi pasti akan berlaku mengikut janji Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas.

Seterusnya, peristiwa tersebut juga disebutkan melalui sabda Rasulullah SAW:

‌”لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ ‌الْمُسْلِمُونَ ‌الْيَهُودَ…”

“Tidak akan berlaku Hari Kiamat, sehinggalah orang-orang Islam membunuh (menghapuskan) bangsa Yahudi (Zionis)…” (Riwayat Muslim 2922)

Peristiwa yang besar ini tidak berlaku setelah dilaksanakan normalisasi oleh negara-negara Arab dan Islam yang mengecewakan Palestin, kerana sebahagian daripada mereka pernah terlibat pada awal pengkhianatan dahulu sewaktu menubuhkan negara haram Israel. Akan tetapi, kehancuran Yahudi berlaku mengikut janji Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿هَا أَنْتُمْ هَؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ٣٨﴾

“(Ingatlah), kalian ini adalah orang-orang yang diseru supaya menafkahkan sedikit (daripada harta benda kalian) pada jalan Allah, maka ada antara kalian yang bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun), sedang kalian semua orang yang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kalian berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kalian) dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan bersikap seperti kalian.” (Surah Muhammad: 38)

Hal tersebut menunjukkan bahawa negara Islam yang sangat kaya dan bermewah itu, tidak akan mampu bertahan dengan kekayaan mereka yang telah disalahgunakan bukan kerana agama dan umat.

Kemewahan itu digunakan lebih kepada memenuhi kesenangan hidup yang sia-sia atau tidak perlu, dan lebih malang lagi untuk melancarkan perang saudara sesama umat Islam mengikut fatwa dan arahan musuh. Mereka sebaliknya tidak bersedia untuk melaksanakan perintah Allah SWT bagi mempertahankan Islam dan umat yang dizalimi dan menderita.

Sejarah kemunculan Sultan Salahudin al-Ayyubi daripada bangsa Kurdi dan Sultan Zahir  Baybars daripada bangsa Turki pasti akan berulang kembali. Perkara tersebut tetap akan berlaku mengikut ilmu Allah SWT yang dikurniakan kepada sesiapa yang berjaya menegakkan Islam dan menyatukan umat, tanpa mengira apakah bangsanya. Golongan itu juga bersedia menyahut seruan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

﴿وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ٦٠﴾

“Dan bersiap sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala kekuatan yang kalian mampu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan musuh Allah dan musuh kamu (dengan persediaan itu) serta musuh-musuh selain daripada mereka yang kalian tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kalian belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kalian, dan kalian tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Anfal: 60)

Persiapan diri dilakukan mengikut keperluan dan kemajuan semasa, bukannya bergantung kepada musuh.

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 28 Ramadhan 1442 / 10 Mei 2021