KOTA BHARU, 21 Mac: Dialog Ummah Negeri Kelantan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) ternyata berjaya membuka ruang dan peluang interaksi secara langsung yang aktif di antara rakyat dengan pemimpin.
Program secara bersemuka tersebut berlangsung semalam di Wisma Tok Guru tersebut dihadiri 155 hadirin yang berpuas hati dengan usaha Kerajaan Kelantan dalam menyelesaikan masalah air di Salor setelah mendengar penjelasan Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Hanipa Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor YB Saiful Adli Abu Bakar.
YB Dato’ Hanipa berkongsi maklumat berkaitan penukaran paip lama dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti air di seluruh negeri Kelantan.
“Pertukaran paip lama jenis asbestos cement yang sudah berusia lebih 30 tahun kepada paip baharu sedang berjalan secara berperingkat. Proses ini mengambil sedikit masa kerana melibatkan kos yang besar selain jarak yang panjang. Status semasa pertukaran paip kurang lebih 2000km,” katanya.
Sehubungan itu, YB Saiful Adli menjelaskan, bagi menambah bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, paip sejauh 1.2 kilometer dari Medan Telaga Tok Jaafar sedang dalam pembinaan dengan kos RM 3.8 juta.
“Status semasa projek berkenaan ialah sudah siap 54 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2022. Projek ini boleh mengurangkan masalah air di DUN Salor,” katanya.
Beliau turut memaklumkan Kerajaan Negeri menyediakan 41 buah Rumah Dhuafat untuk golongan asnaf dan fakir miskin di DUN Salor.
Home Berita PAS Kelantan