Oleh : Ibnu Janie
ASAHAN : DUN Asahan dalam Parlimen Alor Gajah telah dipilih sebagai lokasi bagi siri keempat ‘Program Infak Ramadan’ PAS Kawasan Alor Gajah.
Agihan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah Ustaz Syahbudin Senin di sini semalam.
Turut serta dalam program tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Afif Che Roselam dan Pengarah JPrD PAS Dun Asahan, Haji Amdan Sudin.
Untuk rekod program yang sama ini telah dijalankan Durian Tunggal, Machap, Rembia untuk siri-siri sebelum ini.