Home Berita PAS Johor

Imam masjid antara calon Perikatan Nasional

325
SHARE

Oleh Nazirul Munir

Kluang : Imam masjid merupakan antara calon yang diletakkan oleh Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Rahmat Daud yang merupakan Imam Masjid Jamek At-Taqwa Batu 5, Tanjung Gading telah dicalonkan untuk bertanding mewakili PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) di N11 Serom dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas diumumkan sebagai calon oleh pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort, Pulai harini.

Kerusi Serom telah dimenangi oleh Dr Faizul Amri Adnan daripada PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lepas yang memperolehi 18278 undi menewaskan calon BN, Abdul Rahim Talib (9450 undi) dan calon PAS, Mustaffa Salleh (2708 undi) dengan majoriti sebanyak 2324 undi.

Pada PRU-14 yang lepas juga PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

Rahmat akan bertanding dengan bersama calon BN, Khairin Nisa Ismail, calon PAN, Asim Abdullah Ainullotfi serta Abdul Azim Abdul Malek (Pejuang).