Home Berita PAS Kelantan

ILKBS mampu lahirkan tenaga mahir tempatan

21
SHARE

KOTA BHARU, 18 Jan: Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) akan menjadi pemacu utama dalam usaha kerajaan untuk melahirkan tenaga mahir tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi, melalui pelbagai kemahiran bagi memenuhi keperluan negara, sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Menurut Pengarah IKBN Tanah Merah, Laila Nazura Nawi, ILKBS memberi Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang di peringkat sijil, diploma dan juga diploma lanjutan kepada lepasan sekolah menengah, pekerja industri, peserta antarabangsa dan juga orang awam.

“Di sini, kita menggunakan pembelajaran melalui konsep latihan amali (70%) pembelajaran melalui teori (30%), seterusnya latihan kemahiran (80%) dan bina insan (20%). Statistik menunjukkan peratusan kebolehpasaran graduan sehingga tahun 2022 pelajar-pelajar di ILKBS adalah 91.43 peratus melalui 14 laluan bidang pengkhususan kerjaya seperti teknologi pertanian, marin, elektronik, elektrikal, tekstil, hospitaliti dan lain-lain,”katanya dalam segmen fokus isu semasa anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi (UPKN) semalam.

Sementara itu, pelbagai pencapaian lain pelajar ILKBS yang diterima sepanjang tahun 2022 termasuklah pencapaian anugerah khas pertandingan reka cipta dan invovasi, pelantikan pasukan pakar negara, Malaysia Technology Expo dan lain-lain.