Home Artikel PAS Melaka

Ijtima’ PAS kawasan : Fokus taawun PAS-Umno

303
SHARE

Oleh : SHAWAL AHMAD

KOTA MELAKA : PAS Kawasan Kota Melaka telah menganjurkan Ijtima’ PAS diperingkat kawasan, bertempat di Balai Islam Pengkalan Rama, hari ini.

Program tersebut, dihadiri dari kalangan ahli PAS peringkat cawangan-cawangan khususnya di Kota Melaka.

Ijtima’ yang memfokuskan kepada penerangan berkenaan isu-isu semasa, persoalan dari ahli-ahli PAS dan dijawab dalam kalangan pimpinan PAS kawasan, seterusnya menjelaskan segala maklumat dari PAS Pusat sampai ke akar umbi.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Kamarudin Sidek menjelaskan kerjasama PAS dengan Umno mesti diperkemaskan dan mengadakan program bersama agar rakyat yakin kepada taawun Muafakat Nasional antara PAS-Umno.

“Pra-syarat kepada kemenangan, ahli-ahli PAS mestilah patuh dan taat kepada pucuk pimpinan. Ini kerana, segala tindakan dan perjuangan selari dengan perjuangan parti,” tambah beliau.

Ijtima’ PAS kawasan tersebut, dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya tiga Mohd Puhat Bedol, Ketua Penerangan, Bakri Jamaluddin dan Yang dipertua PAS Kawasan, Abd Ghafar Abd Wahab.