Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

BELANJAWAN 2020 : PANDANGAN AMEERAH MALAYSIA

141 views
SHARE

BELANJAWAN 2020 : PANDANGAN AMEERAH MALAYSIA

1. Ameerah Malaysia menyambut baik peruntukan yang diberikan kepada sektor kesihatan di mana RM60 juta akan disediakan bagi penyediaan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

2.Selain itu Ameerah Malaysia turut menyambut baik insentif kesuburan di mana KWSP akan memperkenalkan skim pengeluaran baru untuk rawatan kesuburan spt IVF serta tidak terkecuali peruntukan dana sebanyak RM200 juta khusus untuk usahawan wanita. Peruntukan-peruntukan ini dilihat memberi manfaat besar kepada wanita muda Malaysia.

3. Namun Ameerah Malaysia menzahirkan kerisauan berkenaan pembelian hartanah kepada warga asing diturunkan kepada RM600 ribu dibanding RM1 juta sebelum ini
yang pastinya akan menggalakkan kemasukan warga asing ke dalam negara kita.

4. Ameerah Malaysia turut mempertikaikan berkenaan bantuan BSH yang semakin dihadkan di mana RM300 diberikan kepada orang bujang hanya bagi yang berumur 40 tahun. Dalam keadaan pengangguran masih menjadi isu besar bagi golongan muda bawah 40 tahun, maka ketiadaan pemberian BSH kepada golongan bawah 40 tahun adalah mengecewakan.

5.Turut mendapat perhatian besar Ameerah Malaysia adalah berkenaan PTPTN di mana tiada inisiatif dari pihak Kerajaan bagi menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan iaitu mengecualikan bayaran PTPTN sehingga gaji RM4 ribu. Selain itu agak menghampakan apabila bantuan pelajar bagi menggalakkan anak-anak muda menyambung pelajaran ke peringkat pascasiswazah seumpama Mybrain15 tidak dinyatakan.Pinjaman MARA yang dikhususkan kepada institusi di bawah MARA sahaja adalah tidak mencukupi.

6. Ameerah Malaysia menegaskan bahawa apa yang lebih penting adalah berkenaan pelaksanaan Bajet di mana cabaran terbesar adalah untuk memastikan peruntukan benar-benar sampai kepada golongan sasar seterusnya setiap rakyat yang memerlukan benar-benar mendapat manfaat.

7. Ameerah Malaysia mengharapkan Bajet 2020 tidak sekadar seindah Manifesto Pakatan Harapan yang indah pada dokumentasi, namun mengecewakan dari sudut implementasi.

YB Zuraida Md Noor
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia

#Bajet2020
#AmeerahPAS
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

=========================