Home Artikel PAS Melaka

MAJLIS KESYUKURAN MUAFAKAT NASIONAL PARLIMEN TANGGA BATU – Titik Permulaan Menawan Tangga Batu

583
SHARE

MAJLIS KESYUKURAN MUAFAKAT NASIONAL PARLIMEN TANGGA BATU – Titik Permulaan Menawan Tangga Batu

Oleh : Anuarul Kamil b. Mohammed Saufee

12 Safar 1441H | 11 Oktober 2019

Klebang: PAS dan UMNO Tangga Batu telah mengadakan Majlis Kesyukuran Muafakat Nasional Parlimen Tangga Batu di sini, hari ini.

Majlis ini bertujuan untuk mengekalkan momentum pasca HPU914 setelah termerterainya Muafakat Nasional antara PAS dengan UMNO di PWTC pada 14 September yang lalu.

Majlis yang diadakan di perkarangan kediaman Datuk Seri Mohamad Ali , Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan tahlil ringkas.

Aturcara kemudian diteruskan dengan ucapan dari Yang Dipertua PAS Tangga Batu, Bakri Jamaluddin. Dalam ucapannya beliau mengingatkan Muafakat Nasional ini penting bagi kedua belah pihak untuk memenangi semula pilihanraya khususnya di Parlimen Tangga Batu. Beliau turut menekankan kemenangan ini harus di capai berlandaskan Islam.

Dalam ucapan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pula, Datuk Seri Mohamad Ali menegaskan Muafakat Nasional perlu meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan. “Keikhlasan juga penting di dalam perjuangan yang berlandaskan Islam” katanya lagi.

Seterusnya, majlis mendapat suntikan semangat dengan tazkirah dari mantan Yang Dipertua PAS Tangga Batu Ustaz Mohd Noor Omar.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam sambil beramah mesra selepas solat Isyak.

Dianggarkan 120 orang telah hadir dari kedua-dua pihak dalam majlis ini.