Home Berita PAS Kelantan

Iftar Perdana JAM Kelantan erat silaturahim

604
SHARE
MACHANG: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Iftar Perdana yang dilangsungkan di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini kelmarin.

Program tersebut telah disertai pimpinan dan anggota Amal dari seluruh negeri ini yang dihadiri lebih 150 ahlinya.

Majlis berbuka puasa itu turut diserikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan yang berkongsi kisah-kisah perjuangan mengisi ruhiyah hadirin.

Sementara itu, Pengarah JAM Kelantan, Nik Asmawie Nik Abdullah dalam ucapannya menyampaikan mesej kesatuan dan kekeluargaan besar para anggota uniform seragam itu.

Hadir sama merai dan memeriahkan majlis itu adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. –HARAKAHDAILY 30/5/2018