Home Berita PAS Melaka

Iftar Jamaie Bersama Pimpinan PAS Melaka

845
SHARE

TANGGA BATU: PAS Kawasan Tangga Batu telah menganjurkan Iftar Jamaie bersama pimpinan PAS Melaka bertempat di markas PAS Pantai Kundor pada 3 Jun yang lalu. Antara yang hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Haji Kamaruddin Sidek bersama pimpinan Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Seramai 100 orang ahli PAS Kawasan Tangga Batu bersama-sama mengambil bahagian dalam program ini. Program ini dibuat adalah untuk merapatkan ukhwah antara pucuk pimpinan dan akar umbi.

Selepas solat maghrib, tazkirah disampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya, Ustaz Haji Kamaruddin Sidek.

Turut diadakan penyampaian mock check aku janji untuk dana Pilihan raya PRU 14 PAS oleh MTD Pantai Kundor.

{jathumbnail off}