Home Berita PAS Selangor

TARBIYATUL SYABAB | AL-MAQHFIRAH REBUTAN SANG A’BID

528
SHARE


TARBIYATUL SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam

(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)

RAMADHAN 10 / 1438 H

“AL-MAQHFIRAH REBUTAN SANG A’BID”

“Jumbo Sales” hebat di sepanjang Ramadhan. Mereka yang kelam mata melihat jualan murah di pasaraya. Bagi yang celik mata hati, Al-Maqhfirah dari Allah SWT adalah durian runtuh yang pasti menjadi idaman berbanding tawaran-tawaran yang lain.

Al-Maqhfirah atau keampunan Allah SWT menjadi “subjek” yang di ulang sebut atas lisan sabda Baginda Nabi SAW dalam banyak hadis berhubung Ramadhan. Sepanjang masa pintu keampunan Allah di buka apatah lagi Ramadhan.

Barangsiapa berdiri (qiam menunaikan solat) di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.

Sang A’bid Mujahid pasti “bernafsu” dengan tawaran ini. Keasyikan qiam dan kelazatan menghembur kalamullah tidak terasa malas dan keletihan. Gagah di persempadanan juang. Ini kerana perjuangan menuntut kekuatan. Kekuatan yang paling ampuh adalah kekuatan dalaman dan keyakinan. Jiwa yang sarat dengan keampunan tuhan, menguatkan keberanian dan kemampuan luar biasa di medan perjuangan.

[Surat Az-Zumar 53]

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ust Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
#akupemudapas
#undilahpas