OLEH: MUHAMMAD ZULFAHMI ABDULLAH
AYER HITAM – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah hadir ke pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam untuk berbincang bersama-sama dengan YB Cikgu Azhar Ibrahim Cikgu At dan pegawai PKWR yang lain tentang permohonan projek baiki jalan dan perparitan dalam DUN Ayer Hitam.
Selesai sahaja perbincangan di pejabat, pihak ICU terus bergerak ke lokasi projek yang dimohon dengan ditemani oleh YB dan pegawai PKWR.
Antara projek yang kami ketengahkan kepada ICU adalah projek membaiki sistem perparitan di Batu 17 ¼, Batu 17 ½ Jalan Jitra-Kodiang dan Pondok Tok Guru Hj Bakar Palestin. Sistem perparitan tersebut telah tersumbat dan telah mengakibatkan berlakunya kejadian banjir dia kawasan tersebut.
Selain itu, kami juga turut mengetengahkan projek memperbaiki jalan kampung di kawasan DUN Ayer Hitam yang sudah teruk dan kritikal antaranya Pida 5 Atas, Pida 8, Pida 6 Gerbi, Pida Matang Mahang, Pida Matang Bonglai Kecil, Pida Matang Bonglai Besar, Pida 4 Tok Kepak, Pida 4 Baru, Pida 4 Daleh, Pida Tok Diah-Padang Lalang, Kg Kepala 20 Bawah dan Gandai-Padang Tui-Bakau.
Kami berharap, dengan kunjungan daripada pihak ICU ini dapat membantu kami untuk memberikan yang terbaik dan keselesaan kepada seluruh penduduk Ayer Hitam. Kami cuba setakat yang mampu. InsyaAllah