Home Artikel PAS Wilayah

NGO PKMS bantu mangsa bencana

19
SHARE

WANGSA MAJU, 4 Mei — Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera menyampaikan sumbangan untuk mangsa yang terjejas akibat bencana alam di Kampung Setia Jaya, di sini hari ini

Menurut Pengerusinya, Mohamad Asri, rumah mangsa yang dilawati tersebut menempatkan lima hingga enam orang sekeluarga.

Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan harta benda awam rosak dan beberapa pokok tumbang di kampung berkenaan tempoh hari.

Menurut mangsa, Zulkarnain Hamsir, 40, berkata, dapur rumahnya rosak teruk apabila keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Tambahnya lagi, kejadian yang berlaku kira-kira pada 3.20 petang itu turut menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak apabila bumbung diterbangkan angin, selain dihempap pokok tumbang.

Tinjauan hari ini mendapati kerja membersihkan sisa pokok tumbang dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk, selain dibantu kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.