Home Artikel PAS Johor

Ibrah Al Kahfi : Meyakini Sentiasa Ada Jalan Keluar Dengan Islam

179 views
SHARE

Tekanan yang diberikan kepada Nabi saw dan para sahabat ra pada era Mekah semakin memuncak selepas tahun kelima kenabian. Seakan-akan tiada lagi jalan keluar untuk mereka akibat tidak tahan dengan seksaan yang berterusan.

Disaat itulah Allah taala mewahyukan kepada baginda saw surah Al Kahfi. Menambah keyakinan mereka bahawa akan sentiasa ada jalan keluar selagi berpegang dengan ajaran Allah.

(فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا)
[Surat Al-Sharh 5 – 6]

Di dalam Al Kahfi menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang menjadi i’tibar meninggalkan negara kafir sebagai satu cara memelihara aqidah.

(أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا)
[Surat Al-Kahf 9]

Begitu juga kisah Musa dan Khidhir menunjukkan betapa sesuatu perkara yang berlaku jangan dipandang dari segi zahirnya, kerana mungkin banyak hikmah-hikmah yang tersirat yang hanya diketahui oleh Allah taala untuk memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya yang beriman.

(قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا)
[Surat Al-Kahf 78]

Dan kisah Raja Zulkarnain yang menjadi inspirasi bahawa kelayakan sebenar untuk memerintah bumi hanya diberikan kepada orang beriman sahaja.

(وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا * إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا)
[Surat Al-Kahf 83 – 84]

Lalu pada bulan Rejab tahun kelima Kenabian para sahabat R.a berhijrah ke bumi Habsyah yang ditadbir oleh raja yang adil, Najasyi.

Ini baru surah Kahfi, andai kita terus menerus menggali hikmah di dalamnya, apa lagi alasan kita tidak mahu mengikut ajarannya?

Mohd Adlan Mokhtaruddin
Ketua Pemuda PAS Kawasan Bakri, JOHOR.