Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau sumbang kanopi kepada pihak pengurusan Tanah Perkuburan Kg Ranggu

49
SHARE

 

Oleh : Hidayah Mahsun                                           2 September

TAWAU : PAS Kawasan Tawau dengan kerjasama PAS Cawangan Ranggu menyampaikan sumbangan 2 unit kanopi serta  wang tunai kepada pihak pengurusan Tanah Perkuburan Kg Ranggu pada Selasa lalu.

Serahan adalah bertujuan untuk mengganti kanopi yang telah uzur disamping untuk kegunaan orang ramai khususnya penggali kubur selepas mengali kubur.

Ketua Pemuda, Dewan PAS Kawasan Tawau (DPPKT),  merangkap Ketua  PAS Cawangan Ranggu, Rosli Hasan berkata, kanopi yang sedia ada telah uzur.

” Alhamdulillah, selesai penyerahan kanopi pagi tadi. Kanopi sebelum ini uzur, dengan adanya kanopi baharu ini dapat digunakan untuk para penggali kubur berehat selepas menggali dan juga boleh digunakan untuk para imam membaca talqin.

” Selain 2 unit kanopi berukuran 10 x10, pihak kami juga menyerahkan wang tunai kepada wakil pihak pengurusan ” kata Ustaz Rosli ketika menyampaikan sumbangan tersebut.

Pihak Pengurusan Tanah Perkuburan Kg Ranggu diwakili oleh Saddam Husien  menerima sumbangan tersebut.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada pihak pengurusan Tanah Perkuburan dan Masjid Kampung digalakkan menyalurkan sumbangan terus ke Masjid Kampung Ranggu.