Home Berita PAS Kedah

Hospital Pendang akan beroperasi September ini

160
SHARE

Oleh AMAL NABILA

PENDANG – Penantian 40 tahun penduduk Pendang untuk mendapatkan perkhidmatan yang selesa berakhir apabila Hospital Pendang bakal beroperasi pada September ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim berkata, pembinaan hospital yang bermula pada Disember 2018 itu, kini sudah siap 99 peratus.

Katanya, dengan adanya hospital ini akan dapat mengurangkan bebanan lebih 100,000 penduduk di Daerah Pendang dari segi kos perjalanan untuk berulang-alik ke hospital di daerah lain bagi mendapatkan rawatan pakar.

“Alhamdulillah, inilah yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Pendang hampir 40 tahun iaitu sejak pengambilan hak milik tanah pada 1983 dan pada 2020. Baru dapat dibina setelah hampir tiga kali perasmian dan peletakan batu asas yang mana bangunan tidak naik batu asas pun hilang.

“Jadi pada bulan Jun ini (dijangka akan ada penyerahan), disebabkan sekarang sudah sampai 99 peratus siap, dan hanya tunggu peralatan untuk penuhi spesifikasi yang ditetapkan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada akhbar selepas Majlis Penganugerahan Sijil Program empowerNCER: Latihan Kemahiran Dan Keusahawanan Peringkat Daerah Pendang di Dewan Cenderawasih Pendang di sini, baru-baru ini.

Katanya, beliau mengharapkan baki pembinaan dapat disiapkan dan tiada lagi penundaan yang berlaku.

Sumber : Urus Setia Penerangan Darul Aman