Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hormati Prinsip Rukun Negara Malaysia

1240
SHARE

Hormati Prinsip Rukun Negara Malaysia

1. Yang di-Pertuan Agong (YDPA)telah bertitah bahawa YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan pada 29 Februari 2020. Tarikh keramat tercipta pada 1 Mac 2020 upacara angkat sumpah telah berlangsung di Istana Negara.

2. Kemelut yang dimulakan dengan perletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh, diikuti oleh pembubaran menteri kabinet dan keluarnya Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada Pakatan Harapan menyaksikan majoriti mudah yang dimiliki mereka terbatal dengan sendirinya.

Bagi mengelakkan kecelaruan dalam kepemimpinan yang bakal menggusarkan rakyat, SPB YDPA telah berkenan untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai PM Interim dan baginda berkenan untuk mengambil inisiatif menemuramah setiap ahli parlimen demi memastikan setiap mereka memilih sendiri siapakah bakal Perdana Menteri Malaysia.

Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin merafa’ sembah menjunjung kasih kepada SPB YDPA yang sudi turun padang dan bersusah payah menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Campur tangan Tuanku ternyata membuahkan kelegaan kepada rakyat hingga Malaysia kekal aman dan damai tanpa sebarang rusuhan biarpun tidak mempunyai pucuk pimpinan.

3. Walaupun rakyat sudah menarik nafas lega atas perlantikan tersebut, namun masih ada lagi suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati terhadap keputusan SPB Yang Di Pertuan Agong tersebut. Malah mencabar keputusan tersebut yang dilihat oleh mereka sebagai tidak adil dan saksama biarpun SPB YDPA telah menemuramah 222 ahli parlimen satu persatu.

4. Mereka seharusnya sedar bahawa YDPA telah menjalankan tugas baginda sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan, iaitu mempunyai budi bicara untuk melantik Perdana Menteri Malaysia. Rata-rata rakyat amat berpuas hati dengan kebijaksanaan tuanku dalam menjalankan amanah baginda.

5. Sesungguhnya rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama adalah termaktub di bawah prinsip Rukun Negara iaitu ;

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Lima Rukun Negara ini menjadi asas keharmonian dan kerukunan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. Usahlah mana-mana parti politik atau pertubuhan bercita-cita untuk melanggar prinsip ini sehingga mengkucar-kacirkan negara yang kita cintai ini.

6. Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mematuhi Rukun Negara dan perlembagaan Malaysia demi keharmonian dan kestabilan negara. Dengan itu, pemimpin Malaysia dapat meneruskan agenda pembangunan negara.

#IslamMemimpin
#MalaysiaSejahtera

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Rejab 1441
2 Mac 2020