Sesi persekolahan Terengganu, Johor dibuka 7 November

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan bagi Terengganu dan Johor mengikut ketetapan Fasa 4 Program Pemulihan Negara (PPN), akan bermula pada 7 November depan. KPM dalam kenyataannya berkata, ia selaras dengan penetapan pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan fasa baharu yang dilaksanakan selepas dua minggu dari tarikh peralihan. Bagaimanapun, sekolah kerajaan di bawah KPM di Johor dan...

Tiga tan bahan buangan elektronik dikumpulkan

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Sebanyak tiga tan bahan buangan elektrik dan elektronik (E-waste) telah berjaya dikumpulkan bagi tujuan pelupusan sempena Minggu Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, program tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam terutamanya yang berada di daerah Kuala Terengganu dan...

KMI Healthcare bina hospital swasta keenam

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (“KMI Healthcare”) berjaya menambah rangkaian hospital swasta keenam yang bakal dibina di Kampung Jaya, Chukai, Kemaman pada pertengahan tahun depan. Lima hospital pakar komuniti sebelum ini adalah Kelana Jaya Medical Centre di Petaling Jaya, Selangor; KMI Kuantan Medical Centre Kuantan, Pahang; KMI Kuala Terengganu Medical Centre, Kuala Terengganu; KMI Taman...

KMI Healthcare yakin peroleh pendapatan RM220 Juta

KUALA TERENGGANU, 25 Oktober -  Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) milik TDM Berhad yakin mampu meningkatkan jumlah pendapatan hasil rangkaian lima hospital sebaik Terengganu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini. Sumber kewangan KMI Healthcare dijangka meningkat kepada RM220 juta sehingga akhir Disember tahun ini berbanding RM200 juta tahun sebelumnya. Pendapatan diperoleh hasil pengurusan...

Pulau Kapas jadi pilihan destinasi percutian

MARANG, 25 Oktober - Palau Kapas yang terletak diperairan Marang, Terengganu menjadi destinasi percutian bagi mereka yang berhasrat untuk mencari ketenangan. Pulau yang terbentang indah di Laut China Selatan itu mempunyai pelbagai khazanah laut dengan pantainya yang cantik beserta kemudahan rekreasi yang pasti akan menambat hati para pengunjungnya. Seorang pengunjung yang ditemui di Jeti Marang, Rumayso' Salwani Abdullah, 38, berkata ini merupakan  kali pertama...

Wajib teruskan dakwah Nabi – Tokoh Dakwah Terengganu

DUNGUN – Tokoh Dakwah Maulidur Rasul Negeri Terengganu Tahun 1443H, Ustaz Haji Mohd Suhaimi Tuan Guru Haji Daud menganggap, anugerah yang diterimanya sebagai suatu peringatan tentang wajibnya meneruskan tugas dakwah Nabi Muhammad SAW. Katanya, kehadiran baginda di dunia ini, menerangkan kegelapan dengan sinar cahaya hidayah Allah dan disambung oleh para ulama setelah kewafatannnya. “para ulama telah mewarisi ilmu daripada baginda dan...

‘E-Vote’ | Mengundi norma baharu

BESUT – Mesyuarat Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) pada kali ini, merupakan tahun pemilihan Ahli Jawatankuasa di semua peringkat secara atas talian (e-vote) dalam menghadapi norma baru. Pelbagai reaksi diterima daripada perwakilan terhadap kaedah baru yang diperkenalkan itu. Ketua Muslimat Kuala Nerus, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman pula memuji pemilihan cara berkenaan kerana ia sangat membantu melancarkan pemilihan ahli jawatankuasa dimana...

Mohd Fazil Wahab Pengarah baharu MTD PAS Seberang Takir

KUALA NERUS – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kuala Nerus pada 20 Oktober 2021 telah bersetuju melantik Haji Mohd Fazil Wahab sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir Sesi 2021/2023. Keputusan itu dibuat setelah Haji Zakaria Dagang menolak pelantikan semula yang dicadangkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan. Ustaz Zakaria Dagang yang telah memegang jawatan Pengarah DUN tersebut sejak 30 tahun lalu,...

Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu (DMPNT), jalan terus!

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu (DMPNT) komited untuk terus mengorak langkah, bermuhasabah dan menambah baik gerak kerja bagi meneruskan agenda parti dan mempertahankan kemenangan di Terengganu. Ketua Muslimat DMPNT, To’ Puan Zarani Othman berkata, muslimat tidak akan berundur menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang di samping mempersiapkan jentera parti dari segi tarbiah, dakwah dan siasah. “Kita berdepan dengan cabaran Pilihan...

Mohd Harun Ketua Pemuda PAS Terengganu baharu

HULU TERENGGANU – Mohd Harun Esa sebulat suara dipilih sebagai Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bagi penggal 2021-2023 berkuatkuasa hari ini. Mohd Harun diisytiharkan menang tanpa bertanding pada Muktamar Pemuda PAS Terengganu Kali Ke-52 di Markas Tarbiyah Kubang Lembek Manir. Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Pilihanraya DPPNT menggantikan Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak yang mengumumkan tidak...