Home Rencana PAS Selangor

Melaka bakal menjadi kampung tergadai – Setiausaha BPPN Selangor

36
SHARE

May be an image of text that says "Fishing for Malay votes Major political parties likely to clash in Melaka polls By RAHIMY RAHIM and RSN MURALI newsdesk@thestar.com.my PETALING JAYA: The Melaka polls MELAKA ELECTION 2021 Nomination: Nov 8 Polling: Nov 20 appeared Bersatu, PAS and Gerakan would likely divide the seat alloca- tion using 10:10:8 formula. Prof Ahmad said Umno would likely retain the Malay Machap Jaya, Pengkalan Batu also did sibility of Ban stronghold, witn"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Dalam akhbar The Sunday Star hari ini mengulas berkenaan PRN Melaka seorang penganalisa politik Khaw Veon Szu menganggap perpaduan Melayu akan menjadi satu “elusive dream” atau impian yang sukar tercapai kerana pertembungan PAS, Umno dan Bersatu sudah hampir pasti dalam pilihan raya ini.

Sedangkan beliau menjangka 80% pengundi Cina akan kekal mengundi DAP dan PH.

Tambah beliau pasti pimpinan PH terhibur apabila PN mengumumkan akan bertanding dikesemua 28 DUN lantas mengundang pertandingan 3 atau lebih penjuru di Melaka. Bermakna mengulangi bencana PRU 14 dan yang bakal naik berkuasa adalah PH.

Kemanakah menghilangnya juara perpaduan ummah yang berdiri megah satu ketika dahulu?

Kita boleh terus memilih jalan sendiri kerana menyangka masing-masing sudah gagah perkasa sedangkan kita tidak sedar kita sesungguhnya membelakangkan tuntutan agar berpegang teguh pada “Tali Allah” dan tidak bercerai-berai.

Melaka masih boleh diselamatkan. Peluangnya terletak di kepala bahu tiap-tiap pimpinan Melayu Islam. Jangan menang sorak kampung tergadai.

Kembalilah pada kunci perpaduan ummah iaitu Islam.

24 Oktober 2021 | 17 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor