Home Kenyataan Media PAS Selangor

Tindakan Exco Selangor herdik penjawat awam sangat tidak beretika – PJ PAS Selangor

579
SHARE

May be an image of 2 people and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor

KENYATAAN MEDIA
PAS SELANGOR

TINDAKAN EXCO SELANGOR HERDIK PENJAWAT AWAM SANGAT TIDAK BERETIKA

Siri-siri kebiadapan ADUN dan EXCO Kerajaan Selangor kepada dikalangan penjawat awam makin menjadi-jadi. Terbaru tindakan Exco Kerajaan Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau sesuatu yang sangat mengecewakan.

Insiden mengherdik dan meninggikan suara kepada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor ketika penjawat awam itu sedang melaksanakan tugas. Bukan saja kepada penjawat awam JPS tetapi kepada seluruh penjawat awam di Malaysia.

Sombong dan mengherdik penjawat awam di tempat awam seolah-olah beliau lebih tahu dan pakar dari orang lain. Langsung tiada perasaan hormat kepada penjawat awam. Banyak kaedah lain yang lebih sopan dan beretika dengan berbincang atau bermesyuarat di pejabat. Adalah lebih baik isu ini diselesaikan di peringkat Exco.

Saya kira dengan sikap begitu, pengundi pun akan kecewa dengan tidak tanduk sombong Exco seperti ini.

26 Oktober 2021 | 19 Rabi’ul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor