Home Rencana PAS Selangor

Kerja berpasukan kunci utama kepada sebuah kejayaan! – DPPK Gombak

10
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : SK

Sedikit masa lalu, semasa kami masih mentah didalam aktiviti kepemudaan, selalu melihat abang abang kami memberi taujihad, bergelumang dengan aksi aksi pemuda, berpencak dan bergulat dengan penuh wibawa. Kami waktu itu menjadi pemerhati tetap akan wibawa abang abang kami.

Zaman kepemudaan Ustaz Hasbullah, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim, kemudian baton perjuangan diserahkan kepada kepimpinan Dr Md Noor Hussein, selepas itu kekanda Ustaz Taufik Yusof aka UTY silih berganti memimpin bahtera perjuangan. Sesi mutakhir baton perjuangan kelak dipimpin oleh Dr Firdaus Azim dibantu saf kepimpinan yang relatifnya muda dan bertenaga!

Melihat dan menyaksikan kehebatan abang abang membina legasi kepemudaan mereka dengan melakukan gegak gempita seantero negara pastinya memberikan kesan beban kepada adik adik yang bakal menyambung legasi Pemuda Gombak ini.

Bahkan resipi utama nya ialah kerja berpasukan. Kerja berpasukan kunci utama dan seterusnya ialah menampilkan sosok pemimpin muda yang akan terus dilahirkan.

Ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada teman teman yang menerima anugerah bagi Lujnah Perpaduan Nasional dan NUMED terbaik. Ia wajar jadi teladan paling dekat buat kami kelak.
Anugerah hanyalah pemangkin semata. Paling penting yang kami lihat sepanjang Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Selangor ialah pelapis anak muda di setiap pelosok kawasan terus segar dan bersedia menggalas beban taklifan dimasa hadapan!

Jalan terus dan Seeru ‘Ala Barakatillah teman teman!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor