Tabung Bencana Pertanian salur RM588,000 kepada 679 penerima

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri  telah memperuntukkan bantuan berjumlah RM588,000 kepada petani, penternak dan nelayan negeri tersebut yang terkesan akibat banjir dan ribut dalam tempoh dua tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bantuan berbentuk saguhati dari Tabung Bencana Pertanian Negeri itu diberikan kepada 679 penerima sejak tahun lalu. "Penerima paling banyak melibatkan...

Abang Duan : Kepulangan insan berjasa ke negeri abadi

"Assalamualaikum ustaz... ana nak minta sambung cuti... ana masih kat hospital ni.." itulah pintanya dalam perbualan talian terakhir kami... Sedangkan memang saya maklum keadaan Abg Duan yang baru berpindah dari Hospital Pantai ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Bahkan semasa menziarahi Abg Duan di Hospital Pantai, turut saya pinta kepada Abang Duan supaya tumpukan sepenuhnya kepada proses rawatan dan tidak...

Menziarahi mangsa banjir agenda wajib ADN Chenor

OLEH: IBNU ABDILLAH CHENOR, 19 Dis. :: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah mengadakan lawatan melihat situasi beberapa rumah yang telah dinaiki air, di sini hari ini. Keadaan hujan berterusan sejak tiga hari lalu , melahirkan kebimbangan  penduduk seperti di Kg Bukit Lada berikutan paras anak sungai Jengka yang berhampiran naik dengan mendadak. Ustaz Mujibur Rahman turut meninjau...

Bacaan Yasin tanda ingatan dan peringatan

Oleh: Saadah Abas TELUK INTAN, Lajnah Politik dan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah mengadakan ziarah dan bacaan Yasin di rumah Ahli Jawatan Kuasa PAS kawasan merangkap Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Bahagia Ahmad Zaidi Basiran, di sini. Menurut isteri beliau, Sa’adiah Mohamad ibu mertuanya allahyarhamah Rokayah Rosdi berumur 91 tahun meninggal dunia pada pagi...

Pesuruhjaya PAS Perak kongsi rasa duka dan seru ahli PAS Perak bersedia

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh Pak Teh amat bersimpati dan sentiasa mengikuti khabar berita mangsa banjir yang berlaku di Selangor serta negeri lain yang terkesan. Oleh itu, Pak Teh menyeru dan mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak untuk bersiap siaga bagi mengerahkan keringat dan tenaga untuk kita bersama merasai ujian sahabat sahabat kita disana. In Sha Allah mobilisasi dan pengarahan selanjutnya bakal dikeluarkan...

PAS kerah negeri dan kawasan bantu mangsa banjir

PAS KERAH NEGERI DAN KAWASAN BANTU MANGSA BANJIR PAS turut berdukacita dengan kejadian bencana banjir berskala besaryang berlaku di hampir seluruh negara beberapa hari yang lalu akibat hujan lebat. Sehubungan itu, PAS mengarahkan semua PAS Negeri, Kawasan dan Cawangan supaya mengambil langkah segera membantu mangsa-mangsa banjir di tempat masing-masing dan juga kawasan berhampiran mengikut mana yang berkaitan. Jabatan Amal PAS dan...

Jabatan Amal bantu bersih rumah mangsa banjir

Oleh: Muhamad Abdul Fateh WANGSA MAJU 19 DISEMBER: Seramai 80 anggota Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan telah diketahkan ke Kampung Pasir, Lembah Pantai dalam operasi ops cuci, susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir di kawasan itu. Pengarah JAM Wilayah Persekutuan, Ustaz Hanif Syakir berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Operasi Bantuan Bencana Banjir JAM yang telah dilancarkan di seluruh Wilayah Persekutuan, semalam. “Kejadian...

Sungai di Terengganu menunjukkan trend penurunan

KUALA TERENGGANU - Paras air di kebanyakan sungai di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan setakat jam 8 pagi. Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, hanya satu sungai melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman dengan bacaan 18.53 meter (m) melepasi paras normal 15 m.Sementara itu, lima lagi sungai melepasi paras amaran iaitu tiga di Dungun serta dua di Kemaman. Di Dungun, ia...

3,000 sukarelawan Terengganu bantu mangsa banjir Lembah Klang

KUALA TERENGGANU – Lebih 3,000 sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu bersiap sedia membantu mangsa banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sekurang-kurangnya 100 sukarelawan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dipersiapkan sebelum mereka turun padang bagi tujuan itu. “Tumpuan utama...

Orang ramai diminta jauhi sungai dan pantai di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Semua pantai dan sungai di kawasan peranginan Terengganu perlu dijauhi ketika ini kerana tidak selamat untuk aktiviti air terutama pada musim tengkujuh sekarang. Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, orang ramai perlu peka terhadap keadaan cuaca dan persekitaran. Katanya, sepanjang musim tengkujuh ini arus air lebih deras di samping ombak kuat berbanding kebiasaan sekali gus berisiko...