Penternak rugi ratusan ribu ternakan mati akibat banjir
HULU TERENGGANU - Kejadian banjir yang melanda sekitar Kampung Sekayu di sini menyebabkan dua penternak mengalami kerugian ratusan ribu apabila ternakan lembu dan kambing yang diusahakan mati dan hilang. Seorang penternak, Che Ku Mansor Che Ku Saleh, 65 berkata, dia mengalami kerugian lebih RM20 ribu apabila 20 ekor kambing ternakannya mati. Selain itu, katanya, 40 ekor lembu serta 20 ekor kerbau...
319 Calon SPM Sekolah terjejas banjir dipindahkan
KUALA TERENGGANU - Seramai 319 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di negeri ini telah dipindahkan ke sekolah lain yang sesuai untuk memastikan mereka dapat menjalani peperiksaan itu dengan lancar. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata kesemua mereka adalah pelajar di empat sekolah iaitu tiga di daerah Hulu Terengganu dan satu...
Balu Allahyarham Nizuan terima manfaat SkimPAS
KANGAR, 2 Mac: PAS Kawasan Kangar semalam telah menyerahkan manfaat SkimPAS kepada keluarga Allahyarham Mohd Nizuan Nawi di kediamannya di Kampung Abi Padang Machang, di sini.
Majlis serahan manfaat SKIMPAS arwah Zakaria Ahmad
Oleh ANA MUSLIM PORT DICKSON, 1 Mac: Majlis gimik penyerahan cek replika bernilai RM 10,000, iaitu manfaat Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) arwah Zakaria Ahmad telah berlangsung di kediaman arwah, di sini. Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Port Dickson, Ustaz Abdul Fatah Zakaria menyampaikan replika tersebut kepada balu pencarum, Fatimah Shari di rumah beliau di alamat 576, Jalan 10/17 Bandar Springhill, pagi...
DMPKMT | Selamat memperingati peristiwa Israk Mikraj 1443H
PERISTIWA Israk dan Mikraj ialah satu peristiwa di mana pada malam tersebut telah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW bukti kekuasaan Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam...
Ustaz Tok Rahmat tak tunggu peruntukan kerajaan bantu rakyat
Oleh IBNU JANIE LEDANG, 1 Mac: Tidak perlu tunggu peruntukan kerajaan untuk membantu rakyat yang sedang dilanda musibah, kata calon Perikatan Nasional - PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Serom, Ustaz Rahmat Daud. Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Tok Rahmat, ini telah beliau praktikkan sendiri ketika beliau memegang jawatan sebagai ketua kampung semasa berlaku bencana ribut tidak...
Ahli Parlimen Pasir Puteh santuni mangsa banjir
PASIR PUTEH, 28 Feb: Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Datuk Dr Nik Zawawi Salleh bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memantau keadaan mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Parlimen Pasir Puteh, semalam. Sebelum itu, YB Datuk Dr Nik Zawawi sempat meluangkan masa mendengar taklimat operasi bencana di Balai...
Menyedarkan masyarakat tentang solat tanggungjawab bersama – Menteri Besar
KOTA BHARU, 28 Feb: Dalam usaha mengajak rakyat menghayati falsafah ibadat solat ia bukan sahaja terpikul di bahu agensi agama bahkan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menyedarkan masyarakat. Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Solat Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1443H/2022M di Masjid Sultan Ismail Petra, hari...
SPM 2021: KPM buka bilik gerakan urus pusat peperiksaan terjejas banjir
PUTRAJAYA, 28 Feb: Bagi memastikan kelancaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bakal berlangsung pada 2 hingga 29 Mac nanti, Kementerian Pendidikan (KPM) membuka bilik gerakan di pusat peperiksaan SPM yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu. Lembaga Peperiksaan sedang mengambil tindakan bagi menguruskan pusat tersebut. Demikian kenyataan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran...
Segera berpindah ke PPS jika perlu – Ahli Parlimen Rantau Panjang
RANTAU PANJANG, 27 Feb: Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff mengingatkan semua penduduk di kawasan yang mudah ditenggelami air supaya sentiasa berwaspada dan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran keadaan cuaca dan hujan lebat yang masih lagi berterusan. Katanya, penduduk di kawasan terlibat perlu bersedia lebih awal dengan menyimpan barang penting dan peribadi di tempat...