Home Berita PAS Negeri Sembilan

Majlis serahan manfaat SKIMPAS arwah Zakaria Ahmad

240
SHARE

Oleh ANA MUSLIM

PORT DICKSON, 1 Mac: Majlis gimik penyerahan cek replika bernilai RM 10,000, iaitu manfaat Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) arwah Zakaria Ahmad telah berlangsung di kediaman arwah, di sini.

Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Port Dickson, Ustaz Abdul Fatah Zakaria menyampaikan replika tersebut kepada balu pencarum, Fatimah Shari
di rumah beliau di alamat 576, Jalan 10/17 Bandar Springhill, pagi tadi.

Manakala Fatimah rasa terharu dan terkejut sehingga menitiskan airmata, menerima jumlah wang yang banyak peninggalan arwah kerana beliau sedikitpun tidak mengetahui arwah suaminya ada mencarum dalam SkimPAS.

Di antara pimpinan yang turut hadir, iaitu Ketua SkimPAS Negeri Sembilan, Rusilah Md Som, Timbalan Yang Dipertua PAS PD, Ramli Ismail dan Perunding SkimPAS (PSK) PD, Fakhrurrazi Mohamad Yusoff.

YDP PAS Abdul Fatah menyatakan penghargaan pada arwah pencarum SkimPAS kerana manfaat yang diterima dapat meringankan beban keluarganya dan arwah juga turut menginfaqkan RM500 kepada PAS.

Katanya lagi, “Besar maknanya infaq yang diberi kepada PAS kerana ia menjadi sedekah jariah dan pasti pahalanya mengalir berpanjangan.

Harapan Abdul Fatah lagi, semoga majlis ini dapat membuka minda ahli-ahli PAS yang lain untuk mencarum dalam SkimPAS dan lebih ramai ahli yang akan mencarum.

Akhir majlis, PSK Fakhrurrazi mendoakan agar Fatimah sentiasa bersabar dengan dugaan atas kehilangan suami tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan semoga infaq yang dilakukan menjadi amal soleh yang berkekalan di sana.