Aktiviti berbuka di tempat awam kembali dilarang jika berdegil
KUALA TERENGGANU - Kebenaran berbuka puasa di kawasan lapang dan tempat awam akan ditarik balik sekiranya orang ramai terus berdegil mengabaikan aspek kebersihan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata langkah itu merupakan jalan terakhir selepas amaran dan kompuan kepada individu yang membuang sampah merata-rata tidak berkesan mendidik rakyat. "Membudayakan amalan kebersihan ini tidak...
Lima tanggungjawab terhadap Al-Quran
KUALA TERENGGANU – Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW dan umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap mukjizat terbabit. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata yang pertama, kita perlu membaca al-Quran. “Kedua, kita perlu menghayati Al-Quran dengan melihat makna ayat yang kita baca itu dan melihat tafsiran kepada ayat-ayat tersebut. “Seterusnya, kita perlu...
Diari Ramadan Dun Maharani | Edaran sumbangan bersama YB Cikgu Aziz
Oleh SHARIFAH AJIL MUAR, 7 Apr : YB Cikgu Abd Aziz Talib menyantuni warga Maharani dengan memberikan sumbangan sempena Ramadan. Menjelang sehari sebelum Ramadan beliau mengedarkan sumbangan kepada golongan ibu tunggal, warga emas serta individu yang uzur dan sakit. Selain keperluan asas makanan, turut disertakan juga keperluan lain seperti pampers dewasa dan bayi, tisu, susu tepung dan ubat-ubatan bagi yang memerlukan. Sebanyak 14...
Rencana | Ahli politik dan ahli korporat kecil di kampus
Oleh IBNU JANIE KEHIDUPAN di kampus sebenarnya bukanlah semata-mata untuk memenuhi keperluan akademik. Selain menuntut ilmu ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan yang boleh membina kekuatan diri dan 'soft skill' seseorang mahasiswa itu. Antaranya mereka boleh terlibat dalam aktiviti kepimpinan dengan memegang jawatan dalam persatuan-persatuan. Dan ramai juga mahasiswa yang mengambil peluang berniaga untuk menambah pendapatan. Selain itu ada juga kecenderungan lain...
Wakil rakyat PAS luangkan masa santuni penduduk
NAKA – ADUN Pedu, YB Haji Mohd Radzi Md. Amin terus mengisi waktu menyantuni rakyat dan masyarakat setempat dengan program yang disusun bagi menyelami denyut nadi rakyat di samping mengenali antara satu sama lain. Bermula jam 5.30 petang, YB menziarahi dan menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada empat penduduk uzur di Kampung Lebai Saman, baru-baru ini. YB juga berpeluang berbuka puasa bersama...
Ramadan bulan pertahan akidah Umat Islam
Alhamdulillah, umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh kegembiraan. Ramadan al-Mubarak bukan sekadar menjadi bulan ibadah umat Islam, bahkan merupakan bulan keampunan Allah buat umat-Nya.
300 Khidmat Sukarela Daerah Sik terima sumbangan
SIK - Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir bagi Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada guru Al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur peringkat daerah Sik, di Masjid Al Irfan, Gajah Puteh di sini. Seramai 300 orang tenaga penting dalam masyarakat diraikan petang tadi yang dipelopori sejak 2009...
APM Pendang terima bot dan enjin sebagai persediaan banjir
PENDANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang menerima sumbangan bot dan enjin bot sebagai persiapan persediaan menghadapi musim banjir oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang, pada Sabtu. Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Solahuddin Hashim dan ADUN Tokai, Dato’ Dr Hayati Othman di Pejabat PKWR Pendang. Datuk Haji Awang berkata sumbangan bot dan enjin...
Ahli Parlimen Jerai ziarah pemuda putus tangan
JERAI – Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit melawat seorang pemuda yang hilang separuh tangan dalam satu kemalangan yang berlaku di tempat kerjanya di sebuah kilang dekat Gurun, baru-baru ini. Dalam kejadian itu mangsa, Muhammad Faiz Aiman Hasli, 22 putus hingga bahagian lengan ekoran terkena mesin ketika bekerja. Malang tidak berbau, meskipun baru dua minggu bekerja adik Faiz diuji sedemikian rupa. YB...
Ramadan: Tetamu Allah yang ditarbiyah
Setiap orang yang beriman sangat bergembira kerana dapat bersama dalam bulan Ramadan, sehingga banyak masjid diimarahkan. Di samping itu, dapat menunaikan ibadat puasa yang diwajibkan dengan janji pahala yang sangat besar sehingga berlipat gandanya terserah kepada Allah SWT. Ganjaran bagi mereka yang berpuasa tidak sama sepertimana amal soleh lain, yang diberikan ganjaran sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda....