Sumbang kerusi roda

PENDANG - PAS Kawasan Pendang Bersama Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada penerima warga emas dan wanita yang memerlukan semalam.

Peniaga ayaq tebu dapat khemah 10×10

PENDANG – Seorang peniaga air tebu mengukir senyuman apabila menerima sumbangan sebuah khemah 10x10 daripada Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim, hari ini. Sumbangan tersebut diserahkan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil rakyat (PKWR) Pendang dan ADUN Tokai. Peniaga kecil tersebut terjejas selepas terlibat kejadian ribut yang melanda daerah itu, baru-baru ini.

Beri peruntukan lebih kepada Johor – Sultan Johor

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan lebih banyak kepada negeri ini, kerana setiap tahun hampir RM13 bilion hasil persekutuan dikutip dari Johor. Baginda Tuanku Sultan, bertitah menzahirkan perasaan sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Kastam, Imigresen...

DPPNK ziarah ahli ARC Padang Serai

PADANG SERAI - Patah rusuk antara ujian besar yang dihadapi en. Basri ahli ARC Padang Serai akibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini. Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nasron Othman bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda Negeri, Sdr. Saifuddin Hassan berkesempatan mengunjunginya petang semalam. En. Basri yang masih menerima rawatan di Hospital Kulim turut diziarahi YB Dato' Ustazah Ashah Haji...

Pesakit strok terima katil wakaf

MERBOK – Bagi memastikan seorang pesakit strok yang terlantar sakit mendapat keselesaan sewajarnya, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai menyerahkan sebuah katil hospital wakaf kepada beliau. ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali berkata pesakit terlantar sakit sejak beberapa bulan yang lalu dan diuruskan oleh suaminya. “Didoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik,” katanya. Hadir...

Sik dicadangkan lokasi pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0 peringkat PAS Pusat

SIK - Pengarah Kempen PAS PilihanKu 4.0, Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS turun ke Daerah Sik bagi melihat lokasi cadangan Program Pelancaran Kempen PAS PilihanKu 4.0 peringkat PAS Pusat pada 25 Jun ini. Hadir bersama beliau adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Ustaz Musoddak bin Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri...

Muslimat JPrD Jeneri ziarah penduduk

SIK - Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HELWA) Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) Jeneri menziarahi 15 keluarga daripada golongan Miskin, Orang Kurang Upaya, Sakit, Warga emas, Armalah dan Anak Yatim (MOSWAY) di Kampung Selamat Mukim Teloi. Dalam lawatan tersebut turut menyampaikan sumbangan Bakul Makanan dari ADUN Jeneri, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (Menteri Besar Kedah). Kita mendoakan semoga...

‘Bantuan ini saya gunakan untuk mencari rezeki’

MARANG - Bantuan berupa peralatan keperluan berniaga bernilai RM5,000 yang diberikan oleh kerajaan akan dimanfaatkan untuk mencari rezeki buat keluarga, ujar penerima insentif terbabit. Khairul Yusmadi Mustaffar, 48, berasa amat gembira dan berterima kasih kepada pimpinan kerajaan kerana dengan bantuan itu dia dapat meghidupkan kembali perniagaannya. “Pemberian ini, dapat membantu saya untuk meneruskan perniagaan serta dapat menggantikan peralatan yang lama kerana peralatan yang sedia ada...

Tiada tolak ansur terhadap penjawat awam terlibat dadah

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana penjawat awam sekiranya didapati terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana salah laku berkenaan akan mencemarkan nama baik kerajaan negeri serta menjejaskan pentadbiran. Justeru penjawat awam diberi peringatan agar melaksanakan amanah yang diberikan sebaik-baiknya dengan tidak terbabit atau melakukan sesuatu perkara...

Pelajar jatuh jejantas terima RM8,000

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman (TDI) memperuntukkan sejumlah RM8,000 bagi tujuan pembedahan kepada seorang pelajar yang terjatuh dari jejantas di Kemaman baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada pengurusan TDI bagi tujuan berkenaan. “Kerajaan bersetuju untuk meluluskan peruntukan mellaui Tabung Darul Iman dengan kos...