Usahawan perlu dua sijil utama untuk pasaran luar negara
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menyarankan para usahawan di Terengganu melengkapkan dua sijil utama bagi membolehkan produk mereka dipasarkan ke luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata antara perkara utama untuk melayakkan produk untuk masuk ke Asean Mall, Thailand adalah sijil Halal dan Amalan Perkilangan Baik (GMP). “Syarat ini harus disahut oleh usahawan-usahawan...
KASA peruntuk RM1.55b bawah RMK-12 di Terengganu
MARANG– Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) meluluskan 21 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bernilai RM1.55 billion. Menterinya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kelulusan tersebut melibatkan projek pembangunan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan pantai dan sungai di Terengganu. “Bagi RMK-12, Terengganu diperuntukkan RM1.55 billion dan melalui RP3 (Rolling Plan) akan ditambah...
2.4 Juta kenderaan dijangka pulang ke Pantai Timur
KUALA TERENGGANU – Anih Berhad menjangkakan 1,648,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) manakala 704,000 kenderaan lagi di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) bermula 8 hingga 11 Julai ini. Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, penambahan kira-kira 2.4 juta kenderaan itu berikutan orang ramai mengambil peluang bagi menyempurnakan ibadah korban dan pulang bersama keluarga memandangkan cuti...
‘Tiada kompromi terhadap aktiviti tidak bermoral’
KUALA TERENGGANU - Pihak berkuasa negeri tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan kurang sopan dan tidak bermoral di Terengganu. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap semua pelaku yang terlibat dalam video tular dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu. Katanya, tindakan boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah...
Bank Susu Patuh Syariah perlu penelitian mendalam
KUALA TERENGGANU- Cadangan pembinaan Bank Susu Patuh Syariah di negara Islam memerlukan penelitian yang lebih mendalam serta menyeluruh biarpun ia sangat terkenal di negara barat. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata kajian perlu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek bukan sahaja melibatkan hukum hakam tetapi juga prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya. Katanya, cadangan pembinaan Bank Susu...
PAS ditubuhkan untuk penuhi hasrat rakyat
DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia(PAS) ditubuhkan untuk memenuhi hasrat rakyat yang perlu ada satu kumpulan yang menyeru amal makruf nahi mungkar. Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata parti itu bersifat ‘inklusif’ iaitu menerima penyertaan semua lapisan dan golongan. “Kita terima semua, kaya miskin, ada pendapatan, tiada pendapatan, berharta atau tidak, apa kelulusan dan apapun kedudukan berada dalam...
Pengkalan Berangan johan SUKPA Marang
Oleh : Mohd Fauzi Mat Adam MARANG – Kejohanan Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Marang 2022 (SUKPA2022) telah melabuhkan tirainya dan tuan rumah PASTI DUN Pengkalan Berangan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Timbalan Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohd Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, dua acara sukan dipertandingkan dalam SUKPA22, Bola Sepak Lelaki dan Bola Jaring Perempuan. Katanya, ia untuk mencungkil bakat...
PAS Kupang beri makanan buat penduduk terjejas
BALING – PAS cawangan Kupang berkumpul menyiapkan bantuan bekalan makanan kepada mangsa yang terjejas insiden kepala air dan banjir besar yang melanda beberapa kampung di daerah ini. Menerusi perkongsian melalui Facebook PAS Kawasan Baling, para petugas sedang bertungkus lumus bagi memastikan mangsa banjir mendapat bekalan makanan secukupnya.
Mesyuarat agung medan pupuk ukhuwah dan mantapkan gerak kerja
Oleh : Faizah Arbain 5 Julai 2022 SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan (DMPKS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-20 bertempat di Pejabat Urusan PAS Kawasan Sandakan, pada Jumaat lepas. Mesyuarat yang membawa tema ‘Perteguh Muafakat, Memperkukuh Kemenangan’ ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid. Ketua Muslimat kawasan, Ummu Syifa’...
Kejohanan sukan PASTI amat dinantikan
Oleh : Hafiz Green Mart LUMUT, 5 Julai : PASTI Istiqomah, Bt. 7 Lekir telah mengungguli acara bola sepak manakala acara bola jaring pula telah dimenangi PASTI Al-Amin Fasa 2 dalam Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring Peringkat PASTI Kawasan Lumut yang berlangsung pagi, baru-baru ini. Kejohanan ini...