Home Berita PAS Terengganu

Usahawan perlu dua sijil utama untuk pasaran luar negara

22
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri menyarankan para usahawan di Terengganu melengkapkan dua sijil utama bagi membolehkan produk mereka dipasarkan ke luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata antara perkara utama untuk melayakkan produk untuk masuk ke Asean Mall, Thailand adalah sijil Halal dan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

“Syarat ini harus disahut oleh usahawan-usahawan Terengganu  khususnya sijil halal untuk produk-produk dipasarkan.

“Jadi saya mengharapkan usahawan-usahawan kita di Terengganu sama-sama untuk mengembangkan perniagaan,” katanya di ASEAN Halal Expo di Pattani, Thailand baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Mohd Rashdan Muda.

Tambahnya, ekspo tersebut yang dijalankan di ASEAN Mall merupakan platform yang sangat baik untuk mengembangkan produk-produk Terengganu.

“Daripada mekanisme ini, ianya sangat baik untuk kita kembangkan produk-produk Terengganu untuk masuk bukan sahaja di Thailand tetapi juga ke seluruh Indochina.

“Jadi apabila mendengar misi dan visi dari pihak ASEAN Mall ini, kita mungkin boleh melangkah lebih jauh bersama-sama usahawan-usahawan Terengganu untuk kembangkan pasaran ke Thailand serta negara-negara Indochina,” katanya.

Terdahulu, ASEAN Halal Expo 2022 yang menghimpunkan hampir 70 usahawan tersebut berlangsung selama lima hari sehingga 2 Julai.