“Bangkitlah pemuda, pertahankan Kelantan”
"Kita tidak mahu bumi Kelantan yang kita tinggal ini suatu hari nanti ditadbir secara tidak Islam. Kita semua bertanggungjawab untuk menjaga Kelantan ini," YAB Menteri Besar Kelantan.
Status naik taraf LTSIP siap 11.63 peratus
KOTA BHARU, 18 Jul: Status terkini keseluruhan projek naik taraf dan pelebaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa sudah mencapai kemajuan 11.63 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Pengangkutan Dan Utiliti Negeri Kelantan YB Dato' Sr Azami Mohd Nor mengesahkan jumlah peratusan tersebut ketika dihubungi, hari ini. Katanya, berdasarkan jadual sehingga 9 Julai lalu, kerja-kerja naik taraf LTSIP berjalan...
Persidangan Dewan Kali Kedua Penggal Ke-5 Dewan Negeri Kelantan, bermula
Selamat Bersidang kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam Persidangan Dewan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ke-5 Dewan Negeri Kelantan Yang Ke Empat Belas Tahun 2022 pada 18,19 dan 20 Julai 2022. Semoga segala perbahasan dan perbincangan menatijahkan hasil yang terbaik untuk rakyat Negeri Kelantan Darul Naim.
Rakyat diseru meriahkan JAKM Peringkat Negeri Kelantan – MB
KOTA BHARU, 17 Jul: Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) bakal berkampung di Kelantan bermula 22 hingga 24 Julai 2022 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-lV Kota Bharu. Lokasi tersebut ialah destinasi keenam selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu dan Perak. Program yang berobjektif memastikan semua rakyat dapat menghayati konsep 'Aspirasi Keluarga Malaysia' dengan lebih jelas selaras dengan manifestasi komitmen...
Pusat akuatik akan dibina di Bandar Baru Tunjong
KOTA BHARU, 17 Jul: Kerajaan Negeri bersetuju membina pusat akuatik di kawasan seluas lima ekar di Bandar Baru Tunjong menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika merasmikan Majlis Pelancaran Akademik As-Sibahah Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan Musim 2 di Kelantan Golf...
Exco Kebajikan ziarah keluarga mangsa kemalangan
PASIR PUTEH, 17 Jul: Tragedi yang berlaku di jalan Kamunting, Pasir Puteh dua hari lepas telah membawa Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi turun ke lokasi bagi menziarahi serta bertanya khabar keluarga mangsa, semalam. Beliau meluangkan masa setengah jam bertemu ayah arwah serta menyerahkan sumbangan kewangan bagi menguruskan cucunya selain menampung perbelanjaan...
Rakyat sihat, hasrat kerajaan negeri – Exco Kesihatan
KOTA BHARU, 16 Jul: Menjadi hasrat Kerajaan Negeri melihat masyarakat Kelantan sihat, justeru pelbagai program ke arah Kelantanku Sihat telah bermula. "Islam mengajar umatnya mengamalkan kehidupan yang sihat kerana muslim yang kuat lebih baik dari muslim yang lemah." Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Yb Dr Izani Husin dalam Majlis Pelancaran Kelantan Sihat...
PASTI Teluk Intan muncul juara bola jaring peringkat zon 3
Oleh: Ummu Nidhal TELUK INTAN, 18 Julai: PASTI kawasan Teluk Intan muncul juara bagi acara bola jaring apabila mengalahkan PASTI kawasan Lumut dengan jaringan 9:5. Perlawanan bersempena Sukan Bola Sepak Bola Jaring (BSBJ) anjuran PASTI Perak peringkat zon 3 ini telah berlangsung Sabtu lepas bertempat di...
Gotong royong bersih pantai Batu Gajah untuk keselesaan pengunjung
Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 17 Jul :: Kawasan pantai perkelahan Batu Gajah, Kampung Selamat, berdekatan Pelabuhan Kuantan merupakan kawasan yang cantik, menarik dan sesuai untuk aktiviti riadah berkeluarga terutama di hujung minggu. Namun ketiadaan infrastruktur dan sistem perparitan menyebabkan berlakunya pencemaran dengan sampah sarap dan semak samun di persekitarannya. Lantaran itu satu program gotong royong bagi membersihkan pantai tersebut telah...
Syukur Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah akhirnya berwajah baharu
Oleh TASNIM MUSTAFFA ALOR SETAR, 17 Jul 22 – Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi menzahirkan rasa syukur selepas Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah akhirnya berwajah baharu memandangkan kerja naik taraf pusat itu sudah siap sepenuhnya. Katanya, dua tahun lalu sewaktu pertama kali beliau dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah beliau terkilan melihat keadaan mercu...