Home Berita PAS Pahang

Gotong royong bersih pantai Batu Gajah untuk keselesaan pengunjung

92
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 17 Jul :: Kawasan pantai perkelahan Batu Gajah, Kampung Selamat, berdekatan Pelabuhan Kuantan merupakan kawasan yang cantik, menarik dan sesuai untuk aktiviti riadah berkeluarga terutama di hujung minggu.

Namun ketiadaan infrastruktur dan sistem perparitan menyebabkan berlakunya pencemaran dengan sampah sarap dan semak samun di persekitarannya.

Lantaran itu satu program gotong royong bagi membersihkan pantai tersebut telah di adakan semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu yang turut sama dalam program tersebut berkata, pihaknya telah berusaha mempertingkatkan kemudahan di pantai tersebut dua tahun lalu, namun ia kembali terjejas apabila sistem perparitan tidak dapat dilaksanakan kerana melibatkan tanah persendirian yang terbiar.

Gotong royong pembersihan pantai ini dilaksanakan semalam dengan kerjasama Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Selamat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Selamat, Pegawai-pegawai Pusat Khidmat DUN Beserah, Jabatan Amal Indera Mahkota dan penduduk sekitar Kampung Selamat dan Pelabuhan Kuantan.

Andansura berharap agar pengunjung pantai dapat menjaga kebersihan untuk kepentingan dan kemudahan bersama.

Sementara itu, Ketua PAS Cawangan Kampung Selamat, Azman Ali berkata, program gotong royong ini adalah kali kedua diadakan dan pada kali ini dapat membaikpulih jalan keluar masuk ke pesisiran pantai dengan bantuan jentera dari Gebeng Quarry Sdn Bhd dan tiga lori premix tar terpakai dari Hanson Product Quarry Sdn Bhd.