Maidam agih RM11.73 juta kepada 22,023 penerima zakat
KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM11.73 juta kepada 22,023 asnaf fakir dan miskin di Terengganu sempena Ramadan tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata bantuan itu diharap dapat meringankan beban kewangan golongan asnaf agar dapat menyambut Ramadan dengan lebih...
Semoga Ustaz Azhar Idrus cepat sembuh
KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan telah menjani rawatan di sini. Difahamkan bahawa UAI dimasukkan ke HSNZ kerana mengalami batuk dan masalah paru-paru. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah...
Ahmad Samsuri kekal YDP PAS Marang
MARANG – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kekal sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Marang untuk sesi 2023-2025. Naib Presiden PAS itu menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang kali ke-39 yang diadakan di Dewan Tuan Guru Harun Taib, Rusila di sini semalam. Dalam satu kenyataan dikeluarkan jawatankuasa pemilihan, Ahli Dewan Undangan...
‘Tiktokers’ PAS perlu fahami perjuangan
DUNGUN – Pempengaruh menerusi aplikasi TikTok atau ‘Tiktokers’ PAS perlu memahami perjuangan yang dibawa oleh parti Islam itu. Ahli Jawatankuasa Muslimat Malaysia, Ustazah Asma Husin berkata, dengan memahaminya akan menjadikan mereka lebih bersemangat. “Mereka juga mesti juga mengambil tahu ilmu undang -undang berkaitan akta sebagai membantu mereka dalam menyediakan konten dan parti mestilah memberi ‘support’ kepada mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika...
800,000 Belia sukarela sedia lawan ‘Imperialis AS’
Korea Utara mendakwa bahawa kira-kira 800,000 orang mudanya telah menawarkan diri untuk perkhidmatan ketenteraan bagi memerangi Amerika Syarikat dan musuh-musuh lain. Akhbar Rodong Sinmum melaporkan para sukarelawan berikrar untuk “memusnahkan sepenuhnya” musuh negara itu dan menyatukan kedua-dua Korea. Mereka telah mendaftar dalam tentera pada acara anjuran kerajaan pada hari Jumaat. Akhbar itu memaparkan gambar orang ramai menunggu dalam barisan panjang untuk menandatangani kesediaan mereka...
Guru Veteran PASTI teruja belajar ‘Microsoft Excel
Oleh : Fatimah Din MARANG – Guru-guru veteran Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) teruja dan bersemangat dapat menimba ilmu mempelajari aplikasi ‘Microsoft Excel’ walaupun mereka sudah berusia. Guru PASTI Al Iman, Pekan Bukit Payung, Noriah Koter, 60 memuji bengkel yang diadakan dapat memberi pendedahan kepadanya dan rakan-rakan dalam memperkasakan lagi pengajaran di PASTI. “Memang molek kursus ini diadakan, sikit-sikit sahaja saya boleh buat...
Pemuda Terengganu bersedia pertahan kemenangan
DUNGUN, 18 Mac - Pemuda Pas Terengganu menyatakan kesediaan dalam mempertahan kemenangan mentadbir negeri ini menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) nanti. Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, Dewan Pemuda menunjukkan komitmen cemerlang sewaktu Pilihanraya Umum (PRU) lalu. “Kita lihat pada PRU lepas, sasaran pemuda adalah menarik sokongan anak muda sekitar 80 peratus dalam kemenangan Pas. “Anak muda bukan...
Sumbangan “Back To School” buat anak-anak Maharani
Oleh : SHARIFAH AJIL MUAR , 18 Mac : ADUN Maharani, YB Abd Aziz Talib telah sudi menyampaikan sumbangan "Back To School" untuk murid-murid yang keluarganya kurang berkemampuan ke beberapa buah sekolah sekitar kawasan ini, baru-baru ini. Para penerima daripada 11 buah sekolah telah diserahkan sumbangan berkenaan, antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Samsu, SK Parit Bakar Darat, SK Parit Kadzi, SK...
PAS SELANGOR MERAYU AGAR PARA PENDAKWAH YANG BERKUALITI DIIZINKAN BERCERAMAH DI MASJID DAN SURAU SELURUH SELANGOR
(Sedutan laporan akhbar The Star Online bertajuk: “Selangor PAS urges state to allow visiting clerics to preach in mosques, surau” bertarikh 16 Mac 2023) Wartawan akhbar harian berbahasa Inggeris The Star, Wani Muthiah baru-baru ini bertemu Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN PAS kawasan Sijangkang di luar persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam. Antara beberapa...
PAS Indera Mahkota menggalas tanggungjawab menjana kemenangan
Oleh : HABSAH ALI INDERA MAHKOTA, 16 Mac :: Kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-15 selama empat penggal berturut-turut di DUN Beserah, menaikkan semangat Jentera PAS di DUN tersebut untuk menggalas amanah dan mempertahankan kemenangan. Bagi menggalas amanah dan mempertahankan kemenangan tersebut, satu Key Performance Indicator (KPI) untuk setiap cawangan akan laksanakan agar setiap gerak kerja yang dirancang mencapai target yang telah...