Home Berita PAS Terengganu

Semoga Ustaz Azhar Idrus cepat sembuh

63
SHARE

KUALA TERENGGANU – Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan telah menjani rawatan di sini.

Difahamkan bahawa UAI dimasukkan ke HSNZ kerana mengalami batuk dan masalah paru-paru.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesihatan Murabbi Ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di HSNZ di sini.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dan mempermudahkan segala urusan buat Murrabi Ummah yang disayangi ini.

“Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT mengangkat penyakit yang dilalui oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus ini. Sesungguhnya, hanya kepada Allah SWT jua tempat kita memohon,” jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui kenyataan di Laman Facebook Rasminya ketika melawat Ustaz Azhar Idrus di HSNZ semalam.

Sementara itu, kuliah Maghrib yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung, Terengganu baru-baru ini terpaksa ditangguhkan pada waktu lain.

“Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan Kesembuhan buat Murabbi Ustaz Azhar Idrus,” kata hantaran Facebook Ustaz Azhar Idrus.