Home Berita PAS Terengganu

Pemuda Terengganu bersedia pertahan kemenangan

222
SHARE

DUNGUN, 18 Mac – Pemuda Pas Terengganu menyatakan kesediaan dalam mempertahan kemenangan mentadbir negeri ini menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, Dewan Pemuda menunjukkan komitmen cemerlang sewaktu Pilihanraya Umum (PRU) lalu.

“Kita lihat pada PRU lepas, sasaran pemuda adalah menarik sokongan anak muda sekitar 80 peratus dalam kemenangan Pas.

“Anak muda bukan sahaja sedia mengekalkan kemenangan di negeri ini, bahkan setia berada di belakang Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) ke-54 di Dewan Perbandaran Dungun, di sini hari ini.

Harun Esa mengekalkan jawatan sebagai ketua pemuda Pas Terengganu bagi sesi 2023-2025 apabila menang bergaya tanpa di cabar.

Muktamar DPPNT dirasmikan Presiden Pas, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.