PRU14 : PERANAN MUJAHIDAH SIBER SANGAT PENTING
Oleh: ANNA TAN TAWAU : HALWA Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah menganjurkan Liqa' Fikr bertema " Muslimat dan Pilihanraya" di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Jalan Kuhara pada 10 Mac semalam. Program telah dihadiri oleh para jentera pilihanraya muslimat dari kawasan Tawau dan kawasan Kalabakan . Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Ustazah Zarani Othman , yang berada di Tawau dalam...
Sukaneka PASTI Rembau diiringi program khidmat masyarakat
PAROI 11 Mac 2018 - Sukaneka PASTI Rembau di Taman Tasik Jaya, Senawang hari ini secara tidak langsung telah memberi manafaat kepada penduduk sekitar terutamanya warga Apartment Seroja apabila program khidmat masyarakat antaranya pemeriksaan kesihatan, agihan sumbangan serta gunting rambut percuma telah diadakan. Ustaz Haji Mustafa bin Dolah selaku Bendahari PAS Negeri Sembilan turut bersama mengagihkan sumbangan kepada penduduk setempat.
Peguam sangkal propaganda Kelantan mundur
KUALA KRAI: Disebalik agenda pembangunan yang sering dilaungkan BN, negeri Kelantan pula dimomokkan mundur, namun realiti dan statistik pencapaian menunjukkan sebaliknya. Penyelia PAS Dun Guchil, Mohd Hilmi Abdullah berkata, sekiranya diukur dengan jumlah kuasa beli rakyat dan kehadiran kunjungan pelancong ke Kelantan, ia nyata mengatasi negeri lain. "Jumlah kuasa jual beli yang berlaku (di Kelantan) pada tahun lepas RM300 juta dengan...
PAS pada kedudukan kukuh menangi Dun Guchil
KUALA KRAI: PAS Kawasan Kuala Krai bersiap untuk mengekalkan kemenangan Dun Guchil yang sebelum ini dipinjamkan kepada PKR selama beberapa penggal atas semangat setia kawan. Penyelia PAS Guchil, Mohd Hilmi Abdullah berkata, pihaknya mensasarkan peningkatan kemenangan kepada majoriti 1,500 undi dan menanam azam meneruskan kerja kuat yang pernah dibuktikan selama ini. "Kalau tengok kepada kita buat program Tahun Baharu Cina, kehadiran...
PAS usaha rampas kembali Pengkalan Kubor
TUMPAT: PAS berusaha sedaya upaya mengambil kembali Dun Pengkalan Kubor yang terlepas ke tangan Umno sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2004. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, hasil kerja keras semua pihak Dun Pengkalan Kubor tidak dapat dinafikan boleh dikembalikan ke pangkuan PAS seperti PRU 1999. “Kita hendaklah mengecilkan pertentangan pendapat antara kita, sebaliknya hendaklah membina kesatuan...
AKSB bantu krisis air di Selangor
KOTA BHARU : Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) atas semangat setiakawan dengan operator air di Selangor, telah turut sama membantu sebaik mungkin bagi atasi krisis air di Selangor yang dihadapi masa kini. Dengan kakitangan seramai 10 orang yang juga merupakan Anggota Rejimen Pakar Pengendalian Air ke 60 (AW) untuk Skuadron Kelantan, AKSB bersama dua buah lori tangki telah dihantar ke...
Bikers Muar Sertai Ziarah Kebajikan
PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PAS KAWASAN MUAR BERSAMA GRUP BIKERS SYABAB AL INSAF MUAR : PAS Kawasan Muar telah membuat program ziarah kebajikan menyantuni golongan kurang berkemampuan pada 3 Mac 2018 yang lalu. Program yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan Muar Tuan Haji Abd Aziz Talib dan Ketua DPPK Muar Ustaz Mohd Ridzuan Nazri telah mendapat kerjasama sebuah grup bikers Syabab Al Insaf...
Menang Secara Bergaya, Kalah Secara Bermaruah
MUAR : "Dalam PRU 14 yang akan datang, PAS harus memastikan akan menang secara bergaya atau kalah secara bermaruah." Begitulah kata-kata Saudara Rusman Kemin, Pengarah Pilihanraya BPPNJ dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Muar Kali ke 33 di Pusat Tarbiyah Pas Kawasan Muar, Parit Pechah, Muar, baru-baru ini. Menurut beliau, kesungguhan kita dalam menghadapi...
Himpunan Jentera Muslimat PRU14 Negeri Sembilan 17 Mac ini.
Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan akan mengadakan Himpunan Jentera Muslimat PRU14 Negeri Sembilan pada 17 Mac 2018 (Ahad) bermula 8.30 pagi hingga 3.30 petang, bertempat di Muassasah Darus Suada, Batu Kikir Jempol. Sumbangan amat dialu-alukan untuk memudahkan pergerakan program.
PAS Labis Sasar Kemenangan PRU Ini
PAS Labis Sasar Kemenangan PRU kali Ini Oleh : A'isyah El Yahya LABIS: PAS Kawasan Labis mensasarkan kemenangan dalam pilihanraya yang dijangka berlangsung pada April ini memandangkan kawasan ini merupakan kawasan yang sangat berpotensi untuk menang dalam pilihanraya sama ada kerusi ADUN mahupun kerusi Parlimen. Demikian hasrat yang disuarakan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Labis Kali ke 53 di sini, hari...