Malaysia perlukan tsunami politik Islam

09 APRIL, BANDAR TUN RAZAK: Tsunami politik berasas perkauman yang pernah berlaku di negara ini terbukti telah gagal memberi penyelesaian terhadap masalah geo-politik Malaysia. Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Dr G Balachandran berkata, oleh itu Malaysia memerlukan tsunami politik baharu berpaksikan Islam dan yakin akan berlaku pada PRU14. "Malaysia mempunyai krisis yang teruk ekoran salah urus tadbir oleh Kerajaan BN...

Lebih Seribu Hadir SUKPA Kawasan Arau

ARAU : Temasya Sukan PASTI (SUKPA) Kawasan Arau 2018 mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya merekodkan kehadiran mencecah seribu orang, terdiri daripada para guru, peserta dan ibu bapa.

Manifesto BN; Apa Yang Hilang?

MANIFESTO BN; APA YANG HILANG? Oleh : Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri AJK Kerja PAS Pusat 1. BN baru sahaja melancarkan manifesto kelmarin. Pelbagai janji yang dihidangkan kepada rakyat melibatkan beberapa segmen adalah perkara biasa yang mampu dilaksanakan oleh sebuah kerajaan sekiranya pengurusan kewangan dilakukan secara berhemah tanpa sebarang ketirisan. 2. Pada masa rakyat sedang berhadapan dengan peningkatan kos hidup yang...

Juara Fitnah Politik?

Adakah pemimpin PH sememangnya dilatih untuk “makan daging manusia lain yang sudah mati” sebagaimana ibarat al-Quran Adakah mereka rasa boleh terus hidup berpolitik dengan mencipta fitnah dan pembohongan terhadap PAS? Negara akan hancur sekiranya orang politik sebegini menjadi pimpinan negara. Tidak pelik mereka begitu bersungguh menolak Akta Anti Berita Tidak Benar apabila dibawa ke Dewan Rakyat. Nasihat saya kepada mereka; rakyat sudah terlalu...

Misi Hijaukan P117 Segambut 1.0

Gotong-royong hijaukan bumi Segambut dengan bendera Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjalan dengan jayanya semalam. Seramai hampir 40 orang yang hadir terdiri dalam kalangan remaja, pemuda, muslimat, ulamak dan turut bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Soleh bin Abdul Razak (Penyelaras Parlimen Segambut) untuk membantu kerja-kerja memasang bendera di sekitar Kg.Sungai Penchala. Sepanjang proses pemasangan bendera, ramai masyarakat setempat yang datang membantu untuk...

Konvoi Bermotor Semarak Hijau P115 Batu

  Taman Melewar, 8 April - Jentera PAS Kawasan Batu telah turun ke semua 5 zon di Parlimen Batu dengan mengadakan konvoi bermotor. Konvoi ini disertai oleh lebih 50 buah motosikal dan lebih menarik motor peserta konvoi ini dihiasi dengan bendera Pas. Menurut penyelaras program, saudara Misuari yang juga merupakan Timbalan Pengarah JPRK Batu menyatakan bahawa program ini adalah program pertama...

Perutusan Khas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat : Bekerja Memenangkan Islam

PERUTUSAN KHAS KETUA PENGARAH PILIHAN RAYA PAS PUSAT BEKERJA MEMENANGKAN ISLAM Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen. Bererti dalam tempoh 60 hari mesti diadakan pilihan raya. Kali ini pastinya pilihan raya sengit dengan pertembungan 3 penjuru atau lebih, PAS bersedia seberapa banyak penjuru sekalipun akan bertanding melawan BN dan PH. Kita berhadapan dengan BN yang mewarisi penyakit salah laku sejak dahulu...

Negeri Sembilan : Selamat Berpilihanraya, Berpolitiklah dengan Matang & Sejahtera – YDP PAS Rasah

Sun Tzu, seorang Jeneral kerajaan Wu pada Kurun ke-6 SM, pernah menulis di dalam "The Art of War": "Kemenangan unggul adalah dengan memenangi peperangan tanpa melalui sebarang pertempuran". Seni peperangan Sun Tzu ini dipelajari bukan sahaja oleh jeneral-jeneral perang China, malah kini menjadi teks rujukan ilmu pertahanan Barat. Kuasa besar Barat & Timur kini, tidak perlu mengangkat senjata untuk menguasai dunia....

Ceramah Kg. Baru Pengaruh Undi Rakyat

Oleh: Nusaibah Ibrahim TITIWANGSA, 8 April - PAS Zon Kg. Baru memulakan pecutan pertama sejurus pembubaran parlimen dengan penganjuran Ceramah Kelompok malam tadi. Ceramah yang diadakan di PASTI Al Fatih, Kg. Baru semalam telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Antara pimpinan yang hadir memeriahkan ceramah tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn. Hj Mohammad Noor Muhammad, Ketua Dewan Ulama' Wilayah...

PAS Lembah Pantai Santuni Penduduk Di Pasar Tani

LEMBAH PANTAI, 8 April - PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengadakan program edaran risalah Manifesto PAS kepada pengunjung pasar tani di Bazaria, di sini hari ini. Edaran risalah 20 Manifesto PAS serta penerangan mengenainya itu telah diketuai Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai serta AJK Jentera Pilihan Raya PAS kawasan. Antara yang hadir dalam program edaran risalah tersebut ialah pimpinan PAS Lembah...