Home Berita PAS Perlis

Lebih Seribu Hadir SUKPA Kawasan Arau

2233
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

ARAU : Temasya Sukan PASTI (SUKPA) Kawasan Arau 2018 mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya merekodkan kehadiran mencecah seribu orang, terdiri daripada para guru, peserta dan ibu bapa.

Sejumlah 11 buah PASTI telah menyertai temasya yang diadakan di Kompleks Pendidikan MADI, Arau, pada 9 April yang lalu.

Pelbagai acara telah dipertandingkan, antaranya bola sepak, bola jaring, tarik tali dan acara sukaneka selain acara khas untuk para waris.

PASTI Luqmanul Hakim telah dinobatkan sebagai johan bagi Anugerah Kontinjen Terbaik manakala naib johan pula disandang oleh PASTI Al-Huda.

Majlis perasmian SUKPA Kawasan Arau 2018 telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd. Jalil.