8 Adun PAS Pahang angkat sumpah hari ini
KUANTAN: Semua 42 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang termasuk 8 daripada PAS, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad di Wisma Seri Pahang di Kuantan, hari ini. Majlis angkat sumpah itu dimulai oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga ADUN Jelai diikuti 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...
Kerajaan PH terus polisi tekan rakyat
KUALA KRAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diharap membawa lembaran baru buat rakyat Malaysia, rupa-rupanya hanya menyambung tradisi menindas rakyat. Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor mengumumkan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang enggan menukar beg udara yang bermasalah. Adun Mengkebang, Ustaz Muhammad Mat Sulaiman berkata, kerajaan persekutuan dilihat tidak serius menangani kos sara hidup. Menurutnya, dasar yang diamalkan kerajaan lalu...
Perkahwinan Kanak-Kanak 11 Tahun, Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) Gesa Siasatan Menyeluruh
1. Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) mengambil perhatian berkenaan kejadian kanak-kanak berumur 11 tahun yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan seorang peraih getah yang berusia 41 tahun. 2. Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan (DMPNK) khuatir jika isu ini tidak diselesaikan secara baik oleh pihak berwajib, ia akan menimbulkan polemik yang tidak terkawal. Apatah lagi isu ini melibatkan...
Ziarah Mahabbah Dewan Muslimat PAS Malaysia santuni mantan calon muslimat & calon DHPP di Johor
Ziarah Mahabbah Dewan Muslimat PAS Malaysia santuni mantan calon muslimat & calon DHPP di Johor Johor Bahru: Pada hari Ahad,1 Julai 2018 bersamaan 17 Syawal 1438H,Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah dikunjungi oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia ,Ustazah Hjh.Nuridah Binti Mohd.Salleh bersama beberapa wakil AJK DMPM bertemu mantan calon muslimat dan mantan calon wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat...
Kahwin budak: Exco temui keluarga kanak-kanak
KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mendapat maklumat lanjut mengenai perkahwinan bawah umur yang tular di media sosial sejak kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md. Nawi berkata, beliau ke Gua Musang hari ini menemui keluarga kanak-kanak berusia 11 tahun yang terbabit dengan perkahwinan itu. “Saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada keluarga berkenaan berhubung perkahwinan anak mereka. "Saya minta maaf,...
Isteri Pesuruhjaya PAS Pahang keempat meninggal dunia
TEMERLOH: Isteri Pesuruhjaya PAS Pahang keempat Allahyarham Datuk Abu Samah Hj Ali, Jamilah Kilau, 80an, meninggal dunia di rumahnya di Kubang Gajah, di sini kira-kira jam lima pagi tadi. Menurut waris, arwah kemudiannya dihantar ke hospital dan diuruskan jenazahnya sebelum disemadikan di tanah perkuburan Buntut Pulau. Jamilah yang berasal dari Kampung Lebak, merupakan isteri kedua kepada Abu Samah iaitu ibu tiri...
Bekas Adun PAS Penor meninggal dunia
KUANTAN: Bekas Adun Penor (kini Inderapura) Hj Abdul Aziz Long, 83, yang mewakili PAS pada 1999-2004 kembali ke rahmatullah pada Sabtu di Pusat Perubatan UIA di sini di sisi isterinya Cikgu Norehan Ahmad serta anak-anak. Menurut sahabatnya Hj Alang Ahmad, arwah yang juga bekas Pengerusi Majlis Guru-Guru Besar Negeri Pahang menderita pelbagai penyakit dan keuzuran sejak beberapa tahun lalu. Jenazah dibawa...
Tak Tunggu Menang Baru Buat Kebajikan
Tak Tunggu Menang Baru Buat Kebajikan Oleh : ‘Aisyaa Yasmin Pasir Gudang - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Pasir Gudang sekali lagi meneruskan siri ziarah kebajikan sesi ini meskipun tidak direzekikan menang pada PRU lepas. Walaupun begitu, kalah dan menang bukanlah ukuran sesebuah parti itu untuk membantu rakyat. “Tunggu menang baru nak buat kebajikan ‘tak mungkin’ tak menang pun kita tetap istiqamah...
Pelawaan Ibadah korban Buat Warga Kota Masai
Pas Cawangan Taman Kota Masai ingin mempelawa para muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menyertai Ibadah Korban pada musim Haji tahun ini. Kadar bayaran bagi satu bahagian adalah sebanyak RM700 Segala pembayaran hendaklah diserahkan kepada: 1. Sdr. Adenan-0127552122 2. Sdr. Asri-0197729004 3. Sdr. Rozi Kuta-0182665744 Tarikh akhir bayaran adalah pada 10/8/18 Sembelihan akan dibuat di Balai Islam TGNA, No 36 Jalan Nenas 10, Taman Kota Masai...
Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Kangar
KANGAR : PAS Kawasan Kangar telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Kangar pada 29 Jun yang lalu.