Home Berita PAS Perlis

Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Kangar

611
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

KANGAR : PAS Kawasan Kangar telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Kangar pada 29 Jun yang lalu.

Kira-kira 300 orang tetamu hadir ke majlis tersebut yang diadakan di Markas PAS Padang Kota, Kangar.

Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah disusuli dengan slot takzirah perdana yang telah disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.

Selepas Solat Isyak, para tetamu menikmati jamuan yang diadakan di perkarangan markas.

Pelbagai juadah telah disediakan, antaranya nasi gulai daging, laksa, serta aneka kuih muih.

Turut hadir dalam majlis tersebut, YDP PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya serta seluruh saf jawatankuasa PAS Kawasan Kangar.