Yik sedia urus Maahad Darul Anuar

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) bersetuju mengambil alih pengurusan Maahad Darul Anuar (Mada) Pulau Melaka bagi memenuhi hasrat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia juga sebagai memenuhi hasrat pihak yang mewakafkan tanah untuk sekolah berkenaan. Katanya, organisasi keluarga Nikmatillah bersama-sama...

Kelantan tingkat ‘sosio taqwa’ rakyat

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mempertingkatkan program bagi meningkatkan prestasi ‘sosio taqwa’ rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, antaranya berkaitan agama, kebersihan, ekonomi dan budaya. “Sebagai contoh sejauh mana kefahaman rakyat terhadap Dasar Membangun Bersama Islam. Adakah indeksnya rajin ke masjid atau belajar agama di samping membaca al Quran. “Berdasar kepada...

KP Perlis Garis Lima Sebab Hadiri Ijtima’ Tarbawi 6.0

KANGAR : Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan menggariskan lima sebab utama mengapa program Ijtima' Tarbawi 6.0 mesti dihadiri oleh golongan anak muda yang mendukung perjuangan Islam.

Politik Ala Kebinatangan (Political Animal)

Minda Presiden PAS POLITIK ALA KEBINATANGAN (POLITICAL ANIMAL) Inilah hasil falsafah politik Niccolò Machiavelli (1469-1527), seorang tokoh ilmuan Itali yang membawa teori yang terkenal di Barat dengan ungkapannya: “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) yang disebut oleh para ulama’ Islam (الغاية تبرر الوسيلة). Kita sedang menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan kerana mahu mencalonkan seorang yang dikatakan...

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat perkenal BAK KUT TEH HALAL sempena Pilihan Raya Kecil

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang untuk memperkenalkan PAS kepada masyarakat bukan Melayu yang masih mempunyai persepsi negatif terhadap PAS. Sejak diwujudkan, Lajnah Perpaduan Nasional telah memperkenalkan kuih bulan halal. Ahli- ahli PAS telah diperkenalkan dengan perayaan kuih bulan yang biasa disambut oleh masyarakat Cina pada hari ke 15 bulan lapan menurut kalendar Cina. Lajnah...

KONFLIK 2.0 ANTARA DR MAHATHIR DAN ANWAR

  1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan akan berlaku satu lagi konflik antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato Seri Anwar Ibrahim sekiranya calon Pakatan Harapan (PH) tersebut memenangi Pilihanraya Kecil Port Dickson hujung minggu ini. Jika Anwar menang dalam PRK ini, beliau hanya tinggal satu takuk untuk 'menjolok' Dr Mahathir jatuh. 2. Tidak dapat ditolak, sekiranya Anwar menang dalam PRK...

Osteosarcoma – Serahan Sumbangan Untuk Saudari Syuhaini

Osteosarcoma - Serahan Sumbangan Untuk Saudari Syuhaini 8 Oktober 2018, Jeli: Osteosarcoma merupakan salah satu jenis kanser tulang paling sering dijumpai menyerang kebanyakan remaja berusia 20 tahun ke bawah dan kanak-kanak. Kanser tulang jenis ini umumnya menyerang tulang-tulang berukuran besar pada bahagian yang memiliki tingkat pertumbuhan tercepat. Hal demikian, osteosarcoma biasanya berkembang di peringkat remaja kerana pada peringkat ini pertumbuhan tulang...

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN PERMATA ILMUWAN UMMAH

1. Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Hassan Haji Azhar (18 Ogos 1928 – 6 Oktober 2018) adalah seorang qari dan pakar tajwid Al-Quran di Malaysia. 3. Selama hampir 46 tahun berkhidmat sebagai hakim tilawah al-Quran Negara, beliau turut pernah menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai , Singapura, Brunei dan Thailand. 4. Pemergian almarhum sebagai seorang alim dalam bidang ilmu...

Perginya Pencinta Kitabullah Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari

Perginya Pencinta Kitabullah Sahibul Fadhilah Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari "Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain." Riwayat Bukhari,Abu Daud,Tirmizi,Nasai,Ibnu Majah) Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang sangat meruntunkan jiwa. Pemergian Al- Muqri ini berbekas dihati para huffaz dan para pencinta Al Quran. Disaat umat Islam dahagakan bimbingan dari...

Usah Salahkan Media

Datuk Dr. Mujahid tidak boleh menyalahkan pihak media yang kononnya telah membuat pentafsiran yang salah terhadap kenyataan beliau. Ini kerana, pendirian beliau yang menolak campur tangan penguatkuasa atau kerajaan terhadap kelakuan yang dibuat dalam ruang peribadi itu sememangnya menatijahkan maksud larangan terhadap tindakan intipan dan serbuan ke atas perlakuan maksiat khalwat. Penegasan kononnya bahawa perkara tersebut berada di bawah kuasa kerajaan...