Ziarah Kebajikan DMPNS menyantuni muslimat Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 15 Ogos - Aktiviti ziarah kebajikan diteruskan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPNS di beberapa rumah sekitar kawasan Kuala Selangor semalam. Ziarah telah diketuai oleh Pengerusi LKK DMPNS sendiri, iaitu Puan Hjh Mazni bt Othman. Tiga buah rumah ahli PAS telah diziarahi oleh rombongan LKK DMPNS iaitu rumah seorang ibu tunggal, Puan Normala di Bt 25 Assam...

Pemuda PAS Kedah Lancar Petisyen Online Desak Lucut Kerakyatan Pembiadap Negara

Kenyataan biadap ahli perniagaan Koon Yew Yin didalam tulisan blog pada 12 Ogos 2019 yang mengatakan anggota tentera Malaysia hanya makan dan tidur sama sekali dangkal dan naif kerana bersifat menghina dan tidak menghargai jasa besar para patriot negara. Walaupun kenyataan maaf telah dibuat, ianya tidak memadai untuk membendung kemarahan anggota tentera dan semua bekas pesara tentera di Malaysia yang...

Ziarah Sekeluarga 27 Orang Anak

Oleh : Nur Izzati Yusof 15 Ogos 2019 SANDAKAN - Pada 13 Ogos 2019, selasa yang lalu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah menziarahi Nona Binti Imbang, 54 tahun bersama 23 orang anak angkatnya di Kampung Hidayat Batu 4 Tawau. Suami kepada Nona, Obban Bin Sampoga berusia 57 tahun telah hampir setahun terlantar sakit akibat strok separuh badan....

PAS Kawasan Hulu Langat ziarah ke kediaman arwah Syed Danial

HULU LANGAT: PAS Kawasan Hulu Langat telah mengadakan ziarah kepada keluarga pemuda yang maut dalam insiden pukul di lebuh raya, Allahyarham Syed Muhammad Daniel Syed Syakir di Bandar Bukit Mahkota, di sini semalam. Diketuai Yang DiPertua PAS Hulu Langat, Mohamad Jan Sulong bersama 12 wakil PAS Hulu Langat dan PAS Cawangan Bukit Mahkota hadir menzahirkan solidariti dan rakaman takziah atas...

Usir Dr Zakir: Dewan Ulamak PAS kecam menteri

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengecam sikap melampau segelintir menteri kabinet yang berterusan mahu mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik dari negara ini. DUPP ingin mengingatkan para menteri berhubung jawapan balas Kementerian Dalam Negeri kepada YB Ahli Parlimen Kubang Kerian pada 9 Julai 2019 di Dewan Rakyat. Menurut KDN, Dr Zakir Naik masuk ke Malaysia mengikut prosedur biasa dan mematuhi...

Sayyid Ali Al-Muktabar: Pembangun Daulah Nusantara

MUJADID NUSANTARA Siri 2⃣ Facebook: https://m.facebook.com/mohdfadlighani Telegram: https://t.me/drmohdfadlig SAYYID ALI AL-MUKTABAR: PEMBANGUN DAULAH NUSANTARA ISLAM dikatakan telah tiba di Alam Melayu seawal-awalnya sekitar 627M / 5H iaitu dengan kedatangan utusan Rasulullah SAW, Sheikh Ruknuddin ke Aceh. Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat terperinci tentang hal ini, namun seorang sarjana, T.W Arnold mengatakan telah terdapat penempatan orang Arab di Aceh pada abad ketujuh Masehi. Beberapa sarjana...

PAS rayu sumbangan orang ramai bantu mangsa kebakaran Kampung Muhibbah.

Oleh : Muhammad Salman Darwis 15 Ogos 2019 SANDAKAN : PAS Sandakan merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Muhibbah yang dilanda musibah tersebut pada 13 Ogos lalu. Rayuan itu disuarakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Sandakan, Ramlan Rahimen selepas menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada mangsa di lokasi kebakaran semalam. Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam, 10043010003627 atas...

Isu Dr. Zakir Naik Laksana Lampu Merah

Minda Presiden PAS ISU DR. ZAKIR NAIK LAKSANA LAMPU MERAH Terdapat beberapa individu daripada kalangan penganut Islam memperkecilkan isu Dr. Zakir Naik tanpa pengetahuan yang sebenar dan bukan ahli dalam ilmu perbandingan agama. Kalau mahu pengetahuan berkenaan perbandingan agama, biarlah orang yang mendalami dan mengalaminya. Kalau tidak laksana orang yang tinggal di hutan yang tidak bersekolah bercakap tentang ilmu angkasa lepas, kata...

NAIB KETUA DEWAN ULAMA PAS SEMPURNAKAN PELANCARAN PREMIS PRODUK MUSLIM

NAIB KETUA DEWAN ULAMA PAS SEMPURNAKAN PELANCARAN PREMIS PRODUK MUSLIM Tebrau, 13 Ogos - Majlis pelancaran premis Sinar Dhuha Tebrau Mart berlangsung meriah dan lancar walau dibuat dalam skala kecil. Majlis tersebut dibuat di hadapan premis berkenaan serentak dengan perasmian cawangan PASTI Al-Irfan Tebrau yang ke-14 selepas Zohor baru-baru ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan...

CAWANGAN BARU PASTI DIRASMI KETUA PEMUDA

CAWANGAN BARU PASTI DIRASMI KETUA PEMUDA Tebrau, 13 Ogos - Majlis perasmian PASTI Al-Irfan 14, Taman Desa Jaya berlangung meriah sekalipun dibuat secara kecil-kecilan baru-baru ini. Perasmian disempurnakan di perkarangan premis PASTI cawangan baru yang juga menempatkan kedai jualan produk muslim, Sinar Dhuha Tebrau Mart. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembukaan dan ucapan aluan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau,...